awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: SPR nafi syarat tambahan semakan cukai LHDN untuk calon

Bernama
Bernama
13/11/2025
14:45 MYT
PRN Sabah: SPR nafi syarat tambahan semakan cukai LHDN untuk calon
SPR menerusi hantaran di Facebook suruhanjaya itu memaklumkan maklumat yang disebarkan menerusi Aplikasi WhatsApp berkenaan syarat tambahan tersebut, palsu. - Foto Facebook SPR
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tiada menetapkan syarat tambahan baharu mewajibkan calon membuat semakan cukai pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai syarat kelayakan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ringkasan AI
  • SPR tidak menetapkan syarat tambahan baru yang memerlukan calon membuat semakan cukai pendapatan di LHDN sebagai syarat kelayakan untuk bertanding dalam PRN Sabah ke-17.
  • Maklumat yang disebarkan melalui Aplikasi WhatsApp mengenai syarat tambahan tersebut adalah palsu menurut kenyataan SPR di Facebook.
  • Tarikh penting PRN Sabah ke-17 termasuk hari pengundian pada 29 Nov, penamaan calon pada 15 Nov, dan pengundian awal pada 25 Nov.

SPR menerusi hantaran di Facebook suruhanjaya itu memaklumkan maklumat yang disebarkan menerusi Aplikasi WhatsApp berkenaan syarat tambahan tersebut, palsu.
"Maklumat tersebut adalah palsu. Harap maklum," menurut hantaran tersebut.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan pada 15 Nov serta tarikh pengundian awal 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#SPR nafi
#semakan cukai
#calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan