MALAYSIA
PRN Sabah: SPR sediakan SOP hadapi kemungkinan bencana
Ramlan berkata pihaknya telah menyediakan prosedur operasi standard dan akan bertindak berdasarkan situasi semasa dan maklumat yang diterima daripada Jawatankuasa Bencana Daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan berkaitan. - Gambar fail
TUARAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana seperti banjir dan tanah runtuh susulan keadaan cuaca tidak menentu di Sabah ketika ini bagi memastikan kelancaran proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 esok.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata pihaknya telah menyediakan prosedur operasi standard dan akan bertindak berdasarkan situasi semasa dan maklumat yang diterima daripada Jawatankuasa Bencana Daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan berkaitan.
Beliau berkata keadaan cuaca tidak menentu ketika ini juga dijangka memberi kesan terhadap peratusan keluar mengundi terutama di kawasan berisiko hujan lebat atau banjir kerana kesukaran penduduk untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
"Berdasarkan peraturan yang ada, tiada tambahan masa diberikan namun dalam keadaan yang terlalu serius, SPR boleh mengambil tindakan untuk menunda atau menangguhkan pilihan raya berdasarkan kepada keadaan dan laporan daripada pihak Jawatankuasa Bencana Daerah.
"SPR sentiasa peka dengan keadaan cuaca yang agak tidak menentu ini... semalam, kita juga telah berbincang dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi membuat persiapan ke arah kemungkinan berlaku sebarang bencana semasa pilihan raya ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini