awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 11 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR

Bernama
Bernama
18/12/2021
02:33 MYT
PRN Sarawak: 11 peratus keluar mengundi setakat 9 pagi - SPR
Sebanyak 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran disediakan. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Sebanyak 11 peratus daripada keseluruhan pengundi biasa Sarawak telah mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) setakat 9 pagi sejak pusat mengundi dibuka pada 7.30 pagi tadi, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebanyak 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran disediakan dan bergantung kepada jumlah pengundi, beberapa pusat mengundi dijangka ditutup secara berperingkat seawal 12 tengah hari sebelum proses pengundian berakhir sepenuhnya pada 5 petang.
PRN12 membabitkan 1,213,769 pengundi biasa daripada sejumlah 1,252,014 pemilih berdaftar yang akan diuruskan oleh seramai 46,565 pegawai pilihan raya di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Pada 14 Dis lepas, sejumlah 18,141 daripada 20,360 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka manakala 17,885 lagi mengundi melalui pos.
PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 perlawanan empat penjuru, 24 pertarungan lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) 73, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28, DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) 15, Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) 11, Parti Amanah Negara (Amanah) lapan, Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) lima dan PAS (1).
Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN itu.
Klik untuk dapatkan perkembangan terkini sepanjang kempen PRN Sarawak 2021
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#peratus keluar mengundi
#pengundi
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan