awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Bina segera jejantas berdekatan SMK Balai Ringin - Penduduk

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/11/2021
02:01 MYT
PRN Sarawak: Bina segera jejantas berdekatan SMK Balai Ringin - Penduduk
Walaupun terdapat pusingan 'U' yang dibenarkan, kedudukannya terletak kira-kira 2km daripada lokasi sekolah. - Gambar Astro AWANI
SERIAN: Penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin di sini menyeru pihak berwajib agar membina jejantas untuk kenderaan ringan dan pejalan kaki di kawasan itu.
Fasiliti tersebut diperlukan memandangkan pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak dan Sabah menyebabkan laluan di sekitar sekolah menjadi semakin sibuk.
Walaupun terdapat pusingan ‘U’ yang dibenarkan, kedudukannya terletak kira-kira dua kilometer (km) daripada lokasi sekolah.
Menurut Tuai Rumah Kampung Bayor Tembawai, Lilia Anak Ringgan, 55 tahun, ketiadaan jejantas memberi kesan kepada ibu bapa dan pelajar.
Ujarnya, perbincangan mengenai pembinaan jejantas pernah diadakan, namun ia difahamkan akan dibina sebaik Projek LPB siap.
"(Kalau tiada jejantas) pelajar-pelajar kena dihantar oleh ibu bapa... susah sangat. Pusingan 'U' pun jauh. Sepatutnya pusingan 'U' di Kampung Bayor dibuat dekat sikit seperti di Semenanjung.
"Jadi, Kerajaan Persekutuan diharap lebih prihatin dengan (nasib) kami di Sarawak," katanya kepada Astro AWANI, di sini.
Sementara itu, Kaunselor Besty Ringgan, 52 tahun, berkata pembinaan jejantas perlu disegerakan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Sekarang jalan sesak, apatah lagi sudah ada lebuh raya. Kereta memang (dipandu) laju. Sebab itu saya mohon Kerajaan Persekutuan percerpatkan jejantas di SMK Balai Ringin dan semua sekolah seluruh Sarawak, kalau boleh.
"Saya lihat juga masih ramai (pelajar) yang tiada pengangkutan, kasihan saya tengok mereka. Memang mereka jalan kaki di tepi (jalan) sangat, sebab tiada laluan khas," ujarnya.
Selain itu, Tuai Rumah, Pion Anak Jugi, 61 tahun, pula berpandangan keselamatan pelajar sekolah perlu diutamakan meskipun kerajaan rancak memajukan kawasan sekitar.
"Kita harap kerajaan dapat melaksanakan tugas yang betul, yang bagus, untuk rakyat, serta ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah," katanya.
Setakat September lalu, status kemajuan pembinaan 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri melalui projek LPB Sarawak Fasa Satu adalah sebanyak 71 peratus.
SMK Balai Ringin terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#Lebuh Raya Pan Borneo
#jejantas
#SMK Balai Ringin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan