PRN Sarawak: Cuaca dijangka cerah sebelah pagi - MetMalaysia

Bernama
Disember 16, 2021 04:33 MYT
Cuaca di seluruh negeri Sarawak sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini dijangka cerah. - Foto BERNAMA
KUCHING: Cuaca di seluruh negeri Sarawak sebelah pagi hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini dijangka cerah, bagaimanapun ribut petir dijangka di beberapa bahagian di negeri ini pada sebelah petang.
Berdasarkan maklumat di laman web, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah, manakala kawasan Kapit dan Bintulu diramal hujan pada sebelah petang.
Suhu di sepanjang hari berkenaan diramal 24 hingga 34 darjah Celsius.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: 89% keluar mengundi, lebih tinggi berbanding PRN11
PRN12 akan melibatkan seramai 349 calon bertanding merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
Lebih 1.2 juta pemilih berdaftar layak mengundi Sabtu ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan baru-baru ini menasihatkan orang ramai supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan dengan menyemak maklumat mengenai waktu yang digalakkan untuk keluar mengundi, melalui aplikasi MySPR Semak.
-- BERNAMA
#PRN Sarawak #cuaca di Sarawak #MetMalaysia #ribut petir