awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Hujan 'ujian' pertama proses penamaan calon DUN Bukit Sari, Ba'Kelalan

Bernama
Bernama
06/12/2021
01:13 MYT
PRN Sarawak: Hujan 'ujian' pertama proses penamaan calon DUN Bukit Sari, Ba'Kelalan
Pihak polis dan RELA membuat pengawasan di laluan masuk pusat penamaan calon (PPC). - Foto BERNAMA
LAWAS: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi sehingga awal pagi ini di Lawas menjadi 'ujian' pertama bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 melibatkan Dewan Udangan Negeri (DUN) Bukit Sari dan Ba'Kelalan.
Proses penamaan calon bermula jam 9 pagi. Bagi DUN Bukit Sari, proses penamaan calon akan berlangsung di Majlis Daerah Lawas, manakala bagi DUN Ba'kelalan dilaksanakan di bangunan lama Majlis Daerah Lawas, yang terletak kira-kira dua kilometer daripada Majlis Daerah Lawas.
Setakat jam 8 pagi, hujan gerimis, keadaan dingin dan kabus menyelubungi beberapa kawasan di Pekan Lawas.
Di Majlis Daerah Lawas, petugas media dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama anggota keselamatan dan kesihatan juga mula berada di situ seawal jam 7 pagi, dua jam sebelum proses penamaan calon bermula.
Terdapat khemah khas disediakan bagi individu yang didapati bergejala selain semua langkah mencegah penularan COVID-19 dilaksanakan dengan ketat berdasarkan arahan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
DUN Bukit Sari dijangka menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya lima penjuru termasuk penyandang dari Parti Gabungan Sarawak (GPS) iaitu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK).
Sementara itu, DUN Ba'Kelalan diramalkan berlaku pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru melibatkan penyandang dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian.
SPR menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon PRN Sarawak sementara undi awal dijadualkan berlangsung 14 Dis dan hari mengundi pula pada 18 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#hujan
#Bukit Sari
#Ba'kelalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan