PRN Sarawak: Najib ambil kesempatan beramah mesra menjelang hari penamaan calon

Astro Awani
April 24, 2016 15:16 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan satu menu makanan tradisional Sarawak 'mee kolok' ketika mengadakan tinjauan mesra dan makan malam di Medan Selera Kampung Boyan malam ini. - Foto Bernama
Sehari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan penduduk di beberapa kampung sekitar bandaraya Kuching.
Lawatan beliau malam ini ke Kampung Boyan, Kampung Gersik dan Kampung Sourabaya mengambil masa hampir sejam.
Selain daripada beramah mesra, Najib turut melawat kedai menjual kek lapis, Mira Cake House.
Sejurus selepas itu, beliau ke medan selera berdekatan untuk mencuba pula makanan tempatan dan berbual bersama rakyat setempat.
Najib akan berada di Kuching sehingga esok di mana beliau akan menemani Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ke Dewan Masyarakat Lundu untuk proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.
Pada pilihan raya kali ini menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan termasuk 11 kerusi baharu berikutan persempadanan semula kawasan.
#Adenan Satem #Barisan Nasional #BN #Najib Razak #PBB #pilihan raya Sarawak #PRN-11 #sarawak2016 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya