awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Pas hanya bertanding di Beting Maro - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
04/12/2021
14:31 MYT
PRN Sarawak: Pas hanya bertanding di Beting Maro - Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (dua, kiri) menyerahkan surat watikah pelantikan kepada calon DUN Beting Maro Mohammad Arifiriazul Paijo (dua, kanan). - Foto BERNAMA
KUCHING: Pas akan hanya meletakkan seorang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata keputusan meletakkan seorang calon dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk situasi terkini COVID-19 dalam negara.
Calon tunggal parti itu ialah Setiausaha Pas negeri Mohammad Arifiriazul Paijo.
"Keputusan meletakkan hanya seorang calon pada PRN12 dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk situasi COVID-19 yang masih belum berakhir.
"Pas juga mahu memelihara hubungan di peringkat pusat dengan kerajaan pelbagai parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS)," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon Pas PRN12 Sarawak, hari ini.
Turut hadir Ketua Penerangan Pas Senator Khairil Nizam Khirudin dan Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee.
Mohammad Arifiriazul, 37, merupakan usahawan dan pernah bertanding di Lambir, satu daripada 11 kerusi yang ditandingi Pas pada PRN11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PAS
#Beting Maro
#Sarawak Memilih
#pilihan raya negeri
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Mohammad Arifiriazul Paijo
#calon tunggal
#PRN12
#calon PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan