KUCHING: Sarawak perlu mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) bagi membolehkan kerajaan yang dipilih itu mentadbir negeri dengan mandat sah.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, secara peribadi beliau tidak 'suka' pentadbiran kerajaan negeri yang ada, disambung disebabkan Proklamasi Darurat.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sama ada masa sesuai untuk mengadakan PRN12.
"Sepatutnya saya tidak berada di hadapan ini sebagai wakil rakyat kerana tempoh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah tamat enam Jun lalu tetapi diteruskan kerana 'nyawanya' (tempoh Dewan Undangan Negeri) dihidupkan melalui Proklamasi Darurat.
"Saya juga tidak mahu selalu memberitahu Abang Jo (Ketua Menteri), tidak suka 'meminjam masa' (untuk menjadi ADUN) juga tidak suka 'nyawa' itu diberi atas Darurat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti (Community Policing) Asajaya 2021.
Merangkap ADUN Asajaya, Abdul Karim turut berharap dalam tempoh yang singkat ini, jentera setiap wakil rakyat telah menggariskan mekanisme berkempen yang kondusif serta patuh prosedur standard operasi (SOP) walaupun tidak diadakan secara terbuka.
Tegasnya, ia penting bagi mengelakkan PRN12 menjadi salah satu punca utama penyebaran COVID-19 dan perpecahan dalam komuniti sekiranya ia diadakan pada masa akan datang.
“Kebiasaanya apabila tiba musim PRN, orang luar dari kampung akan dijemput datang, orang luar akan datang untuk berkempen walaupun tidak dibenarkan secara terbuka dan kita tidak mahu persekitaran kampung terlalu terdedah dan mengakibatkan penyebaran COVID-19 terjadi.
Untuk makluman Proklamasi Darurat di seluruh Sarawak telah bermula selama enam bulan beemula pada 1 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022 sekaligus menggantungkan PRN Ke-12 Sarawak diadakan dalam tempoh berkenaan.
Tempoh matang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah tamat secara automatik pada 7 Jun lalu daripada tarikh mesyuarat pertama diadakan selepas PRN Ke-11 pada 7 Jun 2017.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Sep 20 2021
Secara peribadi beliau tidak 'suka' pentadbiran kerajaan negeri yang ada, disambung disebabkan Proklamasi Darurat. - Foto Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.