SHAH ALAM: Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
"Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi," katanya ketika sesi temu bual eksklusif bersama Bernama.
Mengambil kira semua faktor terbabit, Amirudin berkata agihan tersebut adalah munasabah dan diterima baik kedua-dua parti.
Sebelum ini, BN dilaporkan menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 14 kerusi dalam PRN, mengambil kira kedudukan PH yang memenangi 16 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas.
Pada PRU 2018, BN menang empat kerusi DUN iaitu Sungai Air Tawar, Sungai Burong, Sungai Panjang dan Hulu Bernam sebelum merampas kerusi Semenyih daripada PH dalam pilihan raya kecil pada 2019.
Berhubung calon bakal ditampilkan PH, Amirudin berkata senarai tersebut masih diteliti dan perlukan beberapa lagi siri perbincangan di peringkat negeri sebelum calon dengan kriteria boleh menang dan berupaya mengekalkan momentum perkhidmatan wakil-wakil rakyat PH sepanjang mentadbir negeri dimuktamadkan.
Beliau memberi jamin selain mengekalkan penyandang kerusi, PH juga akan memperkenalkan beberapa calon muka baharu meliputi perwakilan wanita, pemuda, ahli politik serta golongan profesional.
"Sebagaimana yang sering saya sebut, kita akan cuba seimbangkan antara calon-calon yang telah lama menyumbang kepada kawasan atau lokaliti diwakili dan dalam masa sama turut memperkenalkan wajah-wajah baharu sebagai satu gabungan utuh untuk kesinambungan pentadbiran PH di Selangor," katanya.
Selangor mempunyai 3,747,057 pengundi dan akan mengadakan PRN serentak dengan lima negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.
Pada PRU-14, PH mendominasi Selangor dengan memenangi 51 kerusi, diikuti BN dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.
Kedudukan kerusi sebelum DUN dibubarkan ialah PH mempunyai 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas, manakala kerusi Batang Kali diisytiharkan kosong pada Februari lepas setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Amirudin berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. -Gambar fail/Bernama
Pendidikan di SJKC: Kelebihan mempelajari bahasa dan budaya lain
Balu bekas pemain bola sepak Kelantan dapat rumah
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyumbangkan sebuah Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 kepada balu bekas pemain bola sepak Kelantan di Kampung Gong Datuk, di sini, hari ini.
Kementerian Pendidikan serah kepada polis
Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan, kononnya Jabatan Pendidikan Negeri tidak menjalankan siasatan berhubung kes guru mendenda, menjemur murid tahun lima selama tiga jam di padang sekolah.
[TERKINI] Sidang media Menteri Kerja Raya dakwaan retakan Lebuh Raya SPE
Tiada keretakan, hanya kesan hitam di jejambat SPE - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan berhampiran Jalan Cheras.
Nahas rombongan guru: 'Panggilan video perbualan terakhir bersama isteri'
Panggilan video menjadi perbualan terakhir Saifullizan Abu, 53, dengan isterinya Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.
Memahami dinamik boikot perniagaan
Dalam ekonomi pasaran bebas, boikot diiktiraf sebagai bentuk protes yang sah tetapi ia mempunyai potensi implikasi terutamanya terhadap komuniti, kehidupan dan ekonomi secara keseluruhannya.
Ada kemungkinan diracun, 4 gajah mati akibat kegagalan pernafasan dan organ
Empat ekor gajah yang ditemukan mati di Kahang Timur, Kluang pada awal bulan ini dipercayai mengalami kegagalan pernafasan dan organ selain pendarahan dalaman.
Pengarah jabatan kerajaan bebas tahanan reman SPRM dengan jaminan
Pengarah sebuah jabatan kerajaan yang remannya berakhir esok bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit, dibebaskan hari ini.
Isu DLP tidak wajar diperbesarkan - Fadhlina
Isu Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik yang dibangkitkan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari 11 Sekolah Cina di negeri ini tidak wajar diperbesarkan.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Isu Kg Sri Makmur: Penduduk perlu tunjuk bukti penduduk asal - Amirudin
Baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur, Gombak perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal.
Selangor bakal bangunkan kawasan industri semikonduktor, tarik lebih banyak pelabur
Selangor sedang merangka pelan pembangunan kawasan industri semikonduktor bagi menarik lebih banyak pelaburan.
Festival Turath Islami mantapkan budaya keilmuan Islam - Amirudin
Penganjuran Festival Turath Islami merupakan aspirasi kerajaan Selangor dalam memantapkan budaya keilmuan sekali gus memperkukuh akidah umat Islam.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
KHSB tawar 2,340 unit teres di bawah projek Rumah Selangorku di Bernam Jaya
Sebanyak 2,340 unit rumah teres akan dibangunkan di bawah projek Rumah Selangorku berskala besar pertama di negeri ini dikenali sebagai Lagenda Ardea.