awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Selangor bincang dengan lima negeri lain bubar DUN serentak

Bernama
Bernama
24/11/2022
08:31 MYT
PRN: Selangor bincang dengan lima negeri lain bubar DUN serentak
Pembubaran DUN secara serentak perlu dilakukan bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri tersebut pada tahun hadapan tidak terlalu tinggi, kata Amirudin. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan bagi mencadangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat dijalankan serentak tahun hadapan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
"Pembubaran DUN secara serentak perlu dilakukan bagi memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri tersebut pada tahun hadapan tidak terlalu tinggi," katanya kepada pemberita di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.
Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan pula diterajui Pas.
Enam negeri tersebut tidak membubarkan DUN masing-masing untuk dijalankan secara serentak dengan peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov.
Menurut Amirudin, asas DUN di enam negeri itu tidak dibubarkan berserentak pada PRU15 itu kerana telah ada perbincangan tidak rasmi antara enam negeri itu mengenainya.
Beliau menjangkakan PRN akan dilaksanakan selepas Aidilfitri tahun hadapan namun bergantung kepada situasi di peringkat kerajaan Persekutuan dan cuaca.
"Saya tidak boleh sebut bayangan (tarikh khusus bubar) tetapi kemungkinan sampai selepas Hari Raya, agak besar. Namun, kita akan lihat dan tertakluk kepada perbincangan dengan negeri lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#plihan raya negeri
#Amirudin Shari
#Pakatan Harapan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan