awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
25/06/2023
04:21 MYT
PRN: Sultan Kedah perkenan bubar DUN 28 Jun
Pengumuman itu dibuat Muhammad Sanusi (foto) selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. -Astro AWANI
ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Jun ini.
Ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 akan datang.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas sesi menghadap bagi memohon perkenan pembubaran DUN Kedah di Wisma Darul Aman, hari ini.
"Untuk makluman semua, Tuanku (Sultan Kedah) telah pun memberi perkenan untuk Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke-14 ini dibubarkan pada tanggal 28 Jun 2023.
"Sehubungan dengan itu, saya ingin memaklumkan bahawa bermula pada tarikh berkenaan, pentadbiran Kerajaan Negeri akan dijalankan oleh kerajaan caretaker government yang mana segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga kerajaan negeri yang baharu akan dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang," kata Muhammad Sanusi.
Sebelum ini, DUN Kelantan telah dibubarkan pada 22 Jun, manakala DUN Selangor dibubarkan sehari selepas itu bagi memberi laluan kepada PRN di enam negeri termasuk Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Untuk rekod, komposisi DUN Kedah memperlihatkan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhammad Sanusi ketika ini menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6), diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan Pejuang masing-masing dua kerusi.
Dua lagi kerusi kosong selepas penyandang kerusi DUN Gurun, Tan Sri Johari Abdul yang kini merupakan Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan mengosongkan kerusi berkenaan pada Disember tahun lalu manakala ADUN Belantek dari PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lepas.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#PRN Kedah
#Sultan Kedah
#bubar DUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan