awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Tak berkaki kiri, Mohd Zulkifli tetap keluar mengundi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/08/2023
09:10 MYT
PRN: Tak berkaki kiri, Mohd Zulkifli tetap keluar mengundi
Menurut Mohd Zulkifli, ini kali pertama dia mengundi di Selangor kerana sebelum ini tanggungjawab itu dilaksanakan di Kelantan. - Gambar Astro AWANI
GOMBAK: Kekurangan fizikal tidak menghalang seorang pembaiki telefon bimbit, Mohd Zulkifli Mohammad, 35 tahun, untuk keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
Menurutnya, ini kali pertama dia mengundi di Selangor kerana sebelum ini tanggungjawab itu dilaksanakan di Kelantan.
“Walaupun bertongkat, ia tidak mematahkan semangat saya. Kita sebagai rakyat mesti undi, itu memang tanggungjawab kita.
“Saya keluar tengah hari sebab pagi tadi isteri kerja separuh hari dan saya kena jaga anak. Isteri dah balik kerja, baru saya keluar mengundi,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, di sini.
Kekurangan fizikal tidak halang Mohd Zulkifli Mohammad untuk keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di DUN Gombak Setia @501Awani pic.twitter.com/xqPDso5jnH
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 12, 2023
Berkongsi lanjut, Mohd Zulkifli berkata, dia kehilangan kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2007.
Dalam masa sama, dia menasihati para pengundi termasuk golongan muda untuk menjalankan tanggungjawab sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang ini.
“Di DUN Gombak Setia, kita mahukan perubahan yang baharu, pemimpin yang mesra rakyat, serta hidup berbilang bangsa,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pengundi, Hasrina Ismail, 46, teruja kerana dapat keluar mengundi bersama tiga lagi ahli keluarganya.
“Hari ini saya bersama ibu mentua, anak perempuan serta suami.
“Kami masih teruja untuk keluar mengundi walaupun baru lepas Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.
DUN Gombak Setia menyaksikan saingan tiga penjuru melibatlan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Muhammad Hilman Idham daripada Perikatan Nasional (PN) serta seorang calon bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.
Kerusi tersebut disandang Muhammad Hilman selepas menang pada PRU14 dengan majoriti lebih 12,000 undi ketika bersama PH.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#UMNO
#kekurangan fizikal
#mesra rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan