awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Tindakan Zahid umum peruntukan dengan syarat mengundi jelas rasuah' - Tuan Ibrahim

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2023
06:36 MYT
PRN: 'Tindakan Zahid umum peruntukan dengan syarat mengundi jelas rasuah' - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, pengumuman yang dibuat Ahmad Zahid itu jelas merupakan satu bentuk rasuah menjelang pilihan raya negeri (PRN). - Gambar fail
SHAH ALAM : Pas menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukan kepada tiga persatuan belia di Terengganu dengan syarat supaya mengundi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengumuman yang dibuat Ahmad Zahid itu jelas merupakan satu bentuk rasuah menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Tegas beliau, rakyat menunggu tindakan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ucapan Presiden UMNO tersebut yang nyata memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara.
“Tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi PH-BN, jelas satu rasuah menjelang PRN.
“Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam platform media sosial di dalam ucapan tersebut, nampaknya SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang jauh beza dengan kenyataan segera terhadap tindakan pihak pembangkang.
“Sehingga menyediakan bas oleh kerajaan Kelantan untuk kemudahan pengundi pulang membuang undi dengan tiada sebarang syarat dikenakan sama ada mengundi sesiapa yang mereka suka, juga dianggap satu kesalahan rasuah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi sogokan dalam satu majlis pada Jumaat dengan mengumumkan peruntukan geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk pasukan bermotosikal di negeri berkenaan.
Jelasnya lagi, peruntukan itu akan ditambah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika parti kerajaan menang PRN di negeri tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Zahid Hamidi
#umum peruntukan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan