awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pro-Canselor Unisel Dr Anuar Masduki meninggal dunia

Bernama
Bernama
02/03/2025
06:02 MYT
Pro-Canselor Unisel Dr Anuar Masduki meninggal dunia
Allahyarham Dr Anuar menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Subang Jaya.
SHAH ALAM: Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) Datuk Dr Anuar Tafsir@Masduki atau lebih dikenali Dr Anuar Masduki, 79, meninggal dunia pada 9.28 pagi tadi.
Anak bongsu Allahyarham, Norma Syaneda Anuar, 47, berkata arwah bapanya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini.
"Allahyarham sebenarnya ada kanser limfoma dan telah dimasukkan ke hospital kerana denggi kira-kira tiga minggu lepas.
"Selepas itu, beliau sudah dibenarkan keluar, namun dua hari kemudian ayah kelihatan lemah, jadi kami bawa beliau semula ke hospital dengan segera dan didapati ada jangkitan dekat otak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Norma Syaneda berkata solat jenazah bapanya itu akan dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini selepas zuhur dan dijangka dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.
Dr Anuar yang merupakan Pakar Kardiologi Peribadi kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, meninggalkan seorang isteri dan dua anak iaitu Dr Ainur Rahman Anuar, 48, serta Norma Syaneda.
Beliau berkelulusan doktor perubatan dari Universiti Malaya (UM) pada 1971 sebelum melanjutkan pengajian ke Royal College of Physicians di United Kingdom pada 1975.
Dr Anuar pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Perubatan di UM, pemangku Timbalan Naib Canselor (Kewangan dan Pembangunan) UM selain beberapa jawatan pentadbiran lain di hospital swasta.
Allahyarham merupakan Pro-Canselor Unisel sejak 1 Ogos 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pro-canselor
#Dr Anuar Masduki
#meninggal dunia
#kanser limfoma d
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan