[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Produk DESA tidak terlibat dengan sebarang kesalahan undang-undang - PDRM

Kenyataan Media 28/03/2025 | 09:55 MYT
Abdul Rani berkata, siasatan lanjut mendapati produk DESA tidak terlibat dengan sebarang kesalahan menyalahi undang-undang.
Penjelasan mengenai rampasan ayam sejuk beku melibatkan jenama “DESA”
Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) ingin memberikan penjelasan mengenai satu tangkapan dan rampasan yang berlaku pada 22 mac 2025, di mana sepasukan pegawai telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah lori yang disyaki membawa produk haiwan iaitu ayam beku import. Dalam pemeriksaan tersebut, pemandu serta kelindan lori tersebut gagal mengemukakan dokumen pemilikan yang sah bagi barangan yang dijumpai dalam lori tersebut. Oleh itu, kami mengambil tindakan merampas kesemua barangan tersebut bagi siasatan lanjut di bawah kesalahan Enakmen Haiwan Sabah 2015. Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan untuk siasatan dan tindakan lanjut Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Modus operandi yang digunakan oleh pihak sindiket bagi mengaburi mata pihak berkuasa ialah dengan meletakkan produk DESA di bahagian ruangan hadapan simpanan sejuk beku lori manakala barangan ayam beku yang tidak ada dokumentasi diletakkan di bahagian dalam lori. Hasil siasatan lanjut mendapati produk DESA tidak terlibat dengan sebarang kesalahan menyalahi undang-undang.
Kami ingin menekankan bahawa rampasan ini adalah berdasarkan kepada maklumat yang diterima dan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. Tindakan ini diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta menguatkuasakan undang-undang berkaitan pengendalian produk makanan.
Kami menyedari bahawa imej produk yang dikongsi dalam posting media sosial telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai, khususnya berkaitan dengan DESA Group. Kami ingin menegaskan bahawa rampasan yang dilakukan tidak ada kaitan dengan produk DESA, dan sebarang gambaran yang memberikan kesan sebaliknya adalah tidak tepat.
PDRM sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan tugas untuk memelihara ketenteraman awam dan keselamatan makanan. PDRM komitmen untuk berkerjasama dengan semua pihak, termasuk DESA Group dan pengeluar lain, untuk memastikan bahawa semua produk makanan yang berada di pasaran mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.
SAC Datuk Abdul Rani Alias
Komander
Briged Sabah Pasukan Gerakan Am
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
Polis Diraja Malaysia
#PGA #ayam sejuk beku #desa #Sabah