awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk PS 21 Capsule dikesan mengandungi racun simvastatin

Bernama
Bernama
05/06/2021
23:28 MYT
Produk PS 21 Capsule dikesan mengandungi racun simvastatin
Dr Noor Hisham berkata pendaftaran produk itu telah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berikutan pengesanan racun berjadual tersebut. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak membeli dan menggunakan produk tradisional jenama PS 21 Capsule kerana yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu simvastatin, yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendaftaran produk itu telah dibatalkan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) berikutan pengesanan racun berjadual tersebut, yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.
"Simvastatin merupakan sejenis ubat yang digunakan untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan pengambilan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan pencernaan, rasa lemah, sakit kepala, gangguan pada fungsi normal hati, otot terasa sakit apabila disentuh atau lemah otot.
"Penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta kerana ia melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan itu pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Mereka yang sedang menggunakan produk itu juga dinasihat supaya menghentikan segera penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan 'advers'.
Orang awam juga digalakkan menyemak status pendaftaran bagi sesuatu produk dengan melayari laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#PS 21 Capsule
#produk tradisional
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#sakit kepala
#Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan