MALAYSIA
Produktiviti buruh per jam meningkat 3.8 peratus pada ST 3 2025 - DOSM
Mohd Uzir berkata produktiviti buruh Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk prospek yang berdaya tahan dan positif, dengan pertumbuhan direkodkan dalam semua sektor ekonomi. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.8 peratus pada suku tahun ketiga 2025 (ST3 2025), mencatatkan RM45.1 setiap jam, menurut penerbitan Statistik Produktiviti Buruh Malaysia ST3 2025 yang dikeluarkan hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus pada ST3 2025 berbanding 4.4 peratus bagi suku sebelumnya, manakala jumlah jam bekerja meningkat 1.3 peratus, mencatatkan 9.8 bilion jam berbanding ST2 2025 dengan 1.0 peratus, 9.7 bilion jam.
"Jumlah bilangan pekerja ialah 17.0 juta orang, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 1.5 peratus pada ST3 2025 berbanding ST2 2025 dengan 16.7 juta orang, 1.6 peratus, manakala produktiviti buruh per pekerja meningkat 3.6 peratus untuk merekodkan nilai ditambah per pekerja RM26,052 seorang berbanding ST2 2025 dengan 2.8 peratus, RM24,893 seorang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas mengenai prestasi sektoral bagi produktiviti buruh, Mohd Uzir berkata produktiviti buruh diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja pada suku ini didorong oleh pertumbuhan dalam sektor pembinaan pada 10.2 peratus, diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian 9.7 peratus, sektor pembuatan 4.2 peratus, sektor perkhidmatan 2.9 peratus dan sektor pertanian 1.3 peratus.
Beliau berkata prestasi produktiviti buruh per jam bekerja untuk sektor perkhidmatan pada ST3 2025 adalah disebabkan oleh peningkatan bagi semua subsektor, kecuali kewangan dan insurans iaitu 2.4 peratus dan utiliti -0.03 peratus.
Beliau berkata perkhidmatan lain memacu prestasi keseluruhan dengan mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus, diikuti oleh hartanah dan perkhidmatan perniagaan 5.5 peratus, makanan dan minuman serta penginapan 5.4 peratus, pengangkutan dan penyimpanan 3.6 peratus, perdagangan borong dan runcit 3.4 peratus serta maklumat dan komunikasi 2.0 peratus.
Dari segi prestasi sektoral bagi produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per pekerja, Mohd Uzir berkata sektor pembinaan memacu prestasi keseluruhan dengan mencatatkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 10.8 peratus pada ST3 2025, diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian (8.9 peratus), sektor pembuatan (3.5 peratus), sektor perkhidmatan (2.8 peratus) dan sektor pertanian 0.5 peratus.
Beliau berkata produktiviti buruh Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk prospek yang berdaya tahan dan positif, dengan pertumbuhan direkodkan dalam semua sektor ekonomi, didorong oleh keadaan ekonomi yang stabil dan pembaharuan pasaran buruh.
"Justeru, strategi dalam pembangunan modal insan harus diperkukuh dengan pelaburan berterusan dalam transformasi digital, komunikasi dan analitik, berikutan peningkatan produktiviti masa depan banyak bergantung pada pembangunan kemahiran dan penggunaan teknologi," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 3.8 peratus pada suku tahun ketiga 2025, mencatatkan RM45.1 setiap jam, sementara ekonomi Malaysia berkembang 5.2 peratus berbanding suku sebelumnya.
- Jumlah bilangan pekerja meningkat 1.5 peratus kepada 17.0 juta orang pada suku tersebut, manakala produktiviti buruh per pekerja naik 3.6 peratus kepada RM26,052 seorang.
- Prestasi sektoral bagi produktiviti buruh menunjukkan pertumbuhan dalam sektor pembinaan sebanyak 10.2 peratus, diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian serta sektor pembuatan.