awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prof Mansor: Rakyat harus berani melangkau dimensi politik

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2014
08:39 MYT
Prof Mansor: Rakyat harus berani melangkau dimensi politik
Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal membina kepimpinan yang kohesif dan jitu sehingga pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa terjun masuk memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meredakan keadaan di Selangor.
Ini adalah pendapat Felo Penyelidik Utama KITA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor yang keadaan ini memanggil rakyat untuk menilai keutuhan parti tersebut dan memnuat keputusan dengan meletakkan negara dalam fikiran.
"Rakyat yang sudah memiliki aspirasi dan fahaman politik baru itu, kena menilai kerana sekarang ini mereka (Pakatan Rakyat) hendak menunggang atas rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka.
"Bagi saya, sebagai rakyat, kita kena peka. Bolehkah parti ini melaksanakan tugasnya? Kepimpinannya adakah padu? Rakyat patut menilai kelemahan parti ini dan layakah kita memberi parti ini untuk mengepalai pemerintahan di Selangor apatah lagi negara," katanya.
Mansor berkata rakyat harus berani melangkau dimensi politik, terutamanya di dalam pilihan raya kecil Kajang yang akan datang.
"Rakyat harus meletakkan kepentingkan negara, kepimpinan dan kepartian dahulu. Mereka tidak boleh membenarkan ahli-ahli politik dan parti-parti politik menunggang atas diri mereka. Kita kena berani menunjukkan penilaian dan mennunjukkan tindakan yang kita tidak mahu politik macam ini," katanya lagi.
Pengumuman pencalonan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semasa satu sidang media di ibu pejabat PKR semalam.
"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran perletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya.
Pada Isnin, ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telah meletakkan jawatannya yang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Ekoran itu, Anwar menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Dia berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Khalid Ibrahim
#letak jawatan
#Prof Dr Mansor Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan