awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesor direman enam hari bantu siasatan rasuah beli tanah

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2020
04:56 MYT
Profesor direman enam hari bantu siasatan rasuah beli tanah
Suspek berumur 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
SHAH ALAM:Seorang bekas pengurus besar sebuah institut badan pengkaji bergelar Profesor direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM100,000 membabitkan pembelian tanah.
Perintah reman sehingga 19 November dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd Rahman di Kompleks Mahkamah Shah Alam selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor membuat permohonan tersebut pagi tadi.
Menurut sumber, suspek berumur 54 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.
Jelas sumber, suspek telah meminta dan menerima wang rasuah sebagai khidmat perunding bagi pembelian tanah untuk pembangunan agensi tempatnya berkhidmat yang mana harga tanah berkenaan dinilai lebih tinggi daripada harga pasaran.
Difahamkan, lebihan nilai harga tanah tersebut adalah untuk tujuan pembayaran rasuah untuk dirinya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#profesor direman enam hari
#institut badan pengkaji
#SPRM
#Rasuah
#SPRM Selangor
#Majistret Syajaratudur Abd Rahman
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan