awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program 2TM rekod 343,294 pengunjung

Bernama
Bernama
24/11/2024
15:00 MYT
Program 2TM rekod 343,294 pengunjung
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) pada hari terakhir di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 343,294 pengunjung direkodkan pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang melabuhkan tirai hari ini.
Jumlah itu sekali gus melebihi sasaran 230,000 orang bagi program tiga hari bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu yang bermula Jumaat lepas.
Menurut sekretariat penganjuran, seramai 140,165 hadir hari ini manakala 85,217 pengunjung direkodkan pada Jumaat dan 117,912 pada Sabtu.
Antara pengisian program ialah perkongsian pencapaian dan inisiatif kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi townhall semalam.
Turut berlangsung Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada Sabtu dan Ahad yang bertujuan menambah baik penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatan awam.
Sepanjang program, kaunter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) muncul sebagai kaunter paling popular apabila menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mendapatkan diskaun saman trafik dan menukar topi keledar secara percuma.
Turut dipenuhi pengunjung reruai Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga jauh lebih murah berbanding pasaran selain pameran agensi kerajaan dan swasta yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2TM
#pengunjung
#Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
#melebihi sasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan