awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program advokasi tingkatkan keharmonian rakyat dipergiat - Zulkifli

Bernama
Bernama
08/03/2025
09:30 MYT
Program advokasi tingkatkan keharmonian rakyat dipergiat - Zulkifli
Zulkifli ditemui media selepas Perasmian Multaqa' Imam dan Guru Takmir Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini. - Foto Bernama
KUALA NERUS: Agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mempergiatkan usaha untuk memperkukuh perpaduan dan keharmonian rakyat di negara ini.
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata antara yang akan dilakukan adalah memperhebatkan lagi program advokasi dan kefahaman berkaitan hal ehwal agama Islam kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
"Ia (isu perkauman yang timbul kebelakangan ini) memberi lebih semangat kepada kami dan agensi-agensi di bawah seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk kita giatkan lagi usaha mewujudkan keharmonian dengan mengambil kira semua aspek," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Multaqa Imam dan Guru Takmir Terengganu, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya isu perpaduan kaum serta agama yang timbul kebelakangan ini mempunyai elemen jenayah.
Bagaimanapun Zulkifli berpendirian isu perkauman dan agama yang timbul hanya hangat di media sosial dan tidak mencerminkan keadaan sebenar masyarakat Malaysia yang sememangnya hidup penuh harmoni.
"Kefahaman dan keharmonian bersama sahabat-sahabat kita sama ada orang Cina, India dan sebagainya itu kita sudah ada tetapi apabila ada ruang yang lain iaitu dunia digital, barangkali itu yang kita kena lihat.
"Setakat ini banyak program dan sesi libat urus yang kita (kementerian) laksanakan, ada wakil pelbagai agama dan ia berlangsung dengan sangat harmoni," katanya.
Terdahulu Zulkifli berkata Majlis Multaqa Imam dan Guru Takmir Terengganu yang menghimpunkan kira-kira 200 peserta antara lain memberi peluang kepada peserta mengutarakan pelbagai isu melalui sesi dialog.
Beliau berkata antara yang diutarakan adalah cadangan menyemarakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat, cadangan memperluaskan Majlis Multaqa Imam dan Guru Takmir serta isu elaun imam dan guru takmir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#program advokasi
#keharmonian rakyat
#Zulkifli Hasan
#YADIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan