MALAYSIA
Program Burung Pungguk Jelapang berjaya musnahkan lebih 11,000 ekor tikus di Bertam
Kajian menunjukkan burung pungguk jelapang merekodkan tahap kecekapan yang sangat tinggi sebagai kaedah kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan pinggir bandar. - Facebook Universiti Sains Malaysia
KEPALA BATAS: Program Burung Pungguk Jelapang oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Barn Owl and Rodent Research Group (BORG) berjaya memusnahkan lebih 11,000 ekor tikus menerusi kaedah kawalan biologi.
Penyelaras BORG yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Biologi USM Prof Madya Dr Hasber Salim berkata inisiatif itu dilaksanakan di kawasan sekitar Bertam di sini.
"Sejak hampir dua tahun kita pasang lima kotak sarang burung itu di Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM di Bertam. Hasilnya, terdapat 30 ekor burung pungguk jelapang dewasa serta ratusan anak menerusi enam kitaran pembiakan.
"Berdasarkan analisis, kami mendapati lebih 11,000 ekor tikus di sekitar kawasan Bertam telah dimakan burung berkenaan sebelum memuntahkan tulang-tulangnya dan (menerusi itu, kami) memperoleh jumlah tikus yang mati," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau ditemui selepas sidang media Program Saintis Muda (YSP) Nest Box Burung Pungguk Jelapang di IPPT USM Bertam dan turut hadir Pengerusi USAINS Holding Sdn Bhd Datuk Dr Hafsah Hashim, Dekan PPSB Prof Madya Dr Amir Hamzah Ahmad Ghazali serta Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Mohamad Dziauddin Mat Saad.
Hasber berkata kajian menunjukkan burung pungguk jelapang merekodkan tahap kecekapan yang sangat tinggi sebagai kaedah kawalan tikus di ladang pertanian dan kawasan pinggir bandar.
Beliau berkata projek berkenaan membuktikan pendekatan berasaskan ekologi boleh menggantikan penggunaan racun tikus yang berisiko tinggi kepada manusia, haiwan liar dan alam sekitar.
"Seekor burung itu boleh makan sehingga 3,000 ekor tikus setiap tahun dan berdasarkan kajian kami, ia terdiri daripada spesies tikus rumah dan tikus belukar, iaitu majoriti berada di sawah serta ladang sawit.
"Kami sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk projek tersebut kerana ia telah menunjukkan hasil yang baik, malah kami juga dalam perancangan meluaskan lagi projek itu pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Hafsah berkata 16 pelajar daripada empat sekolah menengah di Pulau Pinang akan mewakili Malaysia buat julung kalinya di Science Castle World di Tokyo, Jepun bermula 11 hingga 14 Dis bagi membentangkan hasil inovasi mereka, Nest Box Burung Pungguk Jelapang.
USM-BURUNG (TIKUS) 3 (AKHIR) KEPALA BATAS
Hafsah berkata semua pelajar itu telah menerima bimbingan selama sembilan bulan menerusi YSP di bawah Program Pendidikan Hibrid dan Pengalaman Antarabangsa yang diterajui USAINS Holding dengan kerjasama BORG dan Pusat Pengajian Sains Biologi USM.
Beliau berkata IPPT USM berfungsi sebagai tapak penyelidikan utama bagi projek pelajar-pelajar itu yang dilengkapkan dengan lima kotak sarang burung pungguk jelapang untuk mereka menjalankan penyelidikan ekologi secara praktikal merangkumi pengurusan perosak mampan berasaskan burung itu.
"Mereka juga menjalankan penyelidikan alat pemantauan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan reka bentuk habitat untuk pemuliharaan biodiversiti, sekali gus menterjemahkan pembelajaran bilik darjah kepada dunia sebenar," katanya.
Beliau berkata kotak yang dibekalkan kepada pelajar juga direka bentuk dengan matlamat untuk menarik burung pungguk jelapang sebagai tapak sarang yang selamat dan sesuai untuk pembiakan, malah yang menariknya para pelajar menghasilkan bunyian menerusi Internet benda (IoT) bagi menarik burung ke kotak tersebut.
"Sepanjang tempoh projek itu dijalankan, mereka memantau rapi kadar penghunian burung pungguk jelapang dalam kotak sarang yang dipasang dan melihat prestasi pembiakan serta kadar penghunian adalah 100 peratus," katanya.
-- BERNAMA

#Burung Pungguk Jelapang
#kawalan haiwan perosak
#tikus
#USM
#Barn Owl and Rodent Research Group
#bertam