AYER KEROH: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 10 prakarsa atau inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan mengurangkan beban guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, hari ini.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, selain tujuh langkah segera yang diputuskan KPM sebelum ini, 10 inisiatif baharu itu juga turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.
Katanya, antaranya termasuk menetapkan agar Sambutan Hari Guru tahunan mulai 2023 disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja, serta menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik
“Sejajar dengan hasrat KPM untuk memberi fokus kepada kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru, KPM telah menetapkan agar Sambutan Hari Guru tahunan mulai tahun ini disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja, sekali gus memansuhkan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis tersebut.
“Selain itu, program cuti guru pula ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pengangkutan Malaysia serta rakan strategik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC), di sini, hari ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, inisiatif lain termasuk, KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan serta memberi kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM sewaktu bertugas kepada guru.
Selain itu, sekolah Komprehensif K9 diperluaskan dengan pertambahan 10 sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli, serta perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.
“Bagi mengatasi isu kekosongan guru dalam mata pelajaran kritikal, KPM telah memperkasakan kaedah yang lebih strategik dalam urusan pengambilan guru baharu.
“Beberapa kaedah dan pendekatan strategik telah dipersetujui dan akan dilaksanakan termasuk peluasan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru,” tambahnya.
Inisiatif lain yang diumumkan termasuk penambahbaikan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2002 lawatan sekolah pada hari persekolahan dan mempertingkat peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.
Selain itu KPM akan turut mempertingkatkan peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru serta menambah baik Standard Guru Malaysia 2.0.
Shuhada Abdul Kadir
Tue May 16 2023

Fadhlina berkata, KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan. - Gambar fail/Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati
Kerajaan digesa campur tangan berhubung huhuman gantung sampai mat terhadap Pannir Selvam, rakyat Malaysia yang disabitkan dengan kesalahan mengedar 51.84 gram dadah jenis heroin.
Malaysia sokong kemasukan segera Timor-Leste sebagai anggota ASEAN
Malaysia terus memperkukuhkan komitmennya terhadap integrasi serantau dengan menyokong kemasukan segera Timor-Leste sebagai Negara Anggota ASEAN.
"Kalau nak puji Madani boleh tak Yang Berhormat?" - Shahidan
Ahli Parlimen Arau, Yang Berhormat Shahidan Kassim berkongsi dua rangkap pantun kepada ahli parlimen lain. Satu rangkap pantun pujian kepada kerajaan MADANI, manakala satu rangkap pantun lagi memberikan maksud sebaliknya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Bahasa mudah, hangpa tak kesian kat orang ka" - Shahidan
Ahli Parlimen Arau, Yang Berhormat Shahidan Kassim menyatakan rasa simpati beliau terhadap golongan petani yang terpaksa hidup dalam kemiskinan. Beliau berkongsi kiraan pendapatan bagi seorang petani berdasarkan kos yang perlu petani tanggung.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Parlimen: Sistem aduan baharu IPCC dilancarkan bulan depan - Saifuddin
Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan.
Bekas guru besar hadapi tujuh tuduhan pengubbahan wang haram
Bekas guru besar sebuah sekolah rendah di Marang, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram lebih RM28 ribu.

Bekas guru besar hadapi tujuh pertuduhan terlibat pengubahan wang haram
Zalina didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram dan menerima wang tersebut ke dalam akaun Maybank miliknya pada Ogos, Oktober, dan November 2022.

Kes buat kecoh di KLIA Terminal 2: Pasangan warga China didenda RM5,000 seorang
Satu pasangan warga China dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kekecohan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.

Parlimen: Keluasan Tanah Rizab Melayu hampir 5 juta hektar setakat Jun 2024
Jumlah keseluruhan keluasan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,955,870.89 hektar setakat 30 Jun 2024.

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

Guru bersara awal pilihan peribadi, pentadbiran perlu bersifat manusiawi - Fadhlina
Fadhlina berkata, terdapat pelbagai faktor termasuk kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan mereka.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.

Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.

Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.

KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.

Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.