awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
Ujian Tingkatan 3 bantu murid pilih aliran, bukan bersifat ‘high stakes’ - Fadhlina
Ujian Tahun 4 intervensi penguasaan pengetahuan, tiada perubahan silibus - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Dapur Digital diperluas ke 10 lagi PPR, PA untuk perkasa B40

Bernama
Bernama
07/07/2025
14:00 MYT
Program Dapur Digital diperluas ke 10 lagi PPR, PA untuk perkasa B40
Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (tengah) bergambar bersama barisan wakil komuniti Dapur Digital 2025 selepas Majlis Penyerahan Kunci Dapur Digital Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2025 di Menara DBKL hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Dapur Digital diperluaskan ke 10 lagi kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Wilayah Persekutuan berikutan impak positif dalam memperkasa ekonomi golongan B40 selepas tahun kedua pelaksanaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata fasa pertama inisiatif itu yang dilaksanakan di lima PPR sebelum ini berjaya mencatat jumlah jualan melebihi RM1 juta pada tahun lepas.
Dr Zaliha berkata lokasi baharu pelaksanaan Dapur Digital pada tahun ini melibatkan PPR Seri Semarak, PPR Hiliran Ampang, PPR Seri Alam, PPR Raya Permai, PPR Kampung Muhibbah, PPR Taman Mulia, PPR Beringi, Pangsapuri Sentul Utara, PA Sri Kedah dan PA Seri Perlis II.
"Inisiatif yang dilaksanakan di bawah Program Usaha Jaya Insan (PUJI) ini bertujuan memperkasakan ekonomi komuniti setempat. Model pelaksanaan program ini menggunakan pendekatan kerjasama awam-swasta, iaitu kita libatkan pemain industri, NGO, dan tulang belakang utama ialah Pepper Labs bersama syarikat swasta serta media.
"Program ini merupakan platform keusahawanan yang bukan sahaja memberi latihan penyediaan menu makanan malah melatih peserta dalam aspek pemasaran digital dan pengurusan kewangan. Latihan ini dijalankan berhampiran kawasan PPR," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Dapur Digital 2025 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.
Sementara itu, Zaliha ketika berucap pada majlis berkenaan berkata program tersebut bukan sahaja menyediakan kemudahan dapur moden malah menjadi pusat pemprosesan makanan, ruang perniagaan e-dagang, pusat latihan kemahiran sepanjang hayat serta hab aktiviti komuniti.
Beliau berkata pihak pelaksana program juga menyasarkan supaya semua peserta dibimbing untuk memperoleh pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sijil 'home-based home' dan pensijilan BeSS dari Kementerian Kesihatan (KKM).
"Saya telah minta Pepper Labs bantu peserta mendapatkan kesemua pensijilan ini supaya pasaran mereka berkembang besar dan berdaya saing," katanya.
Sementara itu, Pengerusi PA Seri Perlis 2 Latiff Abu Hassan, 55, berkata pelaksanaan program Dapur Digital telah membuka ruang dan peluang kepada golongan wanita khususnya ibu tunggal serta warga emas di kawasan perumahan menjana pendapatan melalui perniagaan makanan dari rumah.
Dapur Digital adalah program kerjasama awam-swasta-filantropi yang pertama di Malaysia, dengan sokongan Kementerian Kewangan, Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Yayasan Hasanah.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Dapur Digital
#PPR
#perumahan awam
#golongan B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan