KUALA PERLIS: Program Desa Tanpa Tunai hasil inisiatif Bank Rakyat memerlukan sokongan semua pihak bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah program itu adalah satu usaha yang wajar dilaksana berdasarkan keperluan semasa dan perubahan norma baharu dalam kalangan masyarakat berikutan aktiviti pembelian dalam talian serta transaksi tanpa tunai yang semakin meningkat.
"Program Desa Tanpa Tunai ini juga adalah bertepatan dengan pelaksanaan Projek Diraja Program Transformasi Kampung Nelayan Seberang Ramai di sini yang diinisiatifkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis bagi mengangkat kawasan kampung nelayan menjadi destinasi pelancongan baharu yang berpotensi untuk dikembangkan," titah baginda pada Program Santai Namun Sampai Ramadan 2022 di Kampung Warna Warni Seberang Ramai hari ini.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Suriani Datuk Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.
Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah penganjuran program itu jelas menunjukkan Bank Rakyat adalah sebuah institusi perbankan yang sentiasa komited dalam menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat menerusi pelbagai aktiviti keusahawanan.
"Justeru, Beta merakamkan penghargaan kepada Bank Rakyat dan MAIPs atas inisiatif kerjasama menerusi program ini bagi menyantuni golongan usahawan dan asnaf di negeri ini," titah baginda.
Suriani pula berkata Bank Rakyat turut melancarkan inisiatif Kebun Nuri Nutrisi dalam program itu bagi membantu golongan B40 menjana pendapatan secara lestari dan berterusan.
Beliau berkata sumbangan kit makanan bernilai RM29,600 turut diserahkan kepada golongan asnaf di Perlis melibatkan dua lokasi iaitu Masjid Ameer Fawwaz di Simpang Empat dan Masjid Al-Abrar di Kubang Gajah.
"Bank Rakyat juga memberikan sumbangan sebanyak RM24,800 kepada golongan asnaf di Felda Chuping, RM3,700 kepada pelajar asnaf Sekolah Kebangsaan LKTP di Chuping, RM2,500 kepada pelajar asnaf Sekolah Rendah Islam III dan sumbangan bagi aktiviti pengimarahan Masjid Nurul Huda di Felda Chuping sebanyak RM10,000.
"Bank Rakyat turut menyediakan tiket pulang ke kampung kepada 50 penuntut B40 di Universiti Malaysia Perlis bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan pelancaran kebun nutrisi Bank Rakyat. -Bernama

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Program desa tanpa tunai perlu sokongan semua pihak
Ia usaha yang wajar dilaksana berdasarkan keperluan semasa dan perubahan norma baharu dalam kalangan masyarakat.