awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Digital Rakyat dilancar esok

Bernama
Bernama
11/12/2024
04:10 MYT
Program Digital Rakyat dilancar esok
Wilson berkata program itu membolehkan masyarakat mendapatkan pengetahuan umum dalam aspek teknologi baharu termasuk bidang kecerdasan buatan (AI). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.

Ringkasan AI
  • Pelancaran Program Digital Rakyat: Kementerian Digital akan melancarkan platform pembelajaran dalam talian untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat dalam teknologi digital, termasuk kecerdasan buatan (AI).
  • Kejayaan Inisiatif AI Untuk Rakyat: Program ini adalah susulan kejayaan inisiatif AI Untuk Rakyat yang telah menarik penyertaan 1.3 juta rakyat, termasuk pelajar, profesional, dan pegawai kerajaan.
  • Kerjasama dan Pembelajaran AI: Kementerian Digital akan bekerjasama dengan pelbagai entiti melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan untuk membangunkan model pembelajaran AI yang sesuai bagi setiap kumpulan sasar.

Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata program itu membolehkan masyarakat mendapatkan pengetahuan umum dalam aspek teknologi baharu termasuk bidang kecerdasan buatan (AI).
"Ia bertujuan sebagai saluran pembelajaran interaktif untuk memperluaskan pengetahuan umum mengenai teknologi digital serta membina bakat baharu berdasrkan model khusus yang disediakan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai pencapaian program AI Untuk Rakyat dan kesiapsiagaan ekosistem pembelajaran AI di institusi pendidikan, sektor swasta serta kerajaan.
Menurut Ugak, Program Digital Rakyat diwujudkan susulan kejayaan inisiatif AI Untuk Rakyat yang telah menarik penyertaan 1.3 juta rakyat antaranya pelajar, kumpulan profesional dan pegawai kerajaan.
AI Untuk Rakyat yang dilancarkan pada 16 Jan lepas, adalah selaras dengan inisiatif Pelan Ekonomi Digital Malaysia dan Strategi IR4.0 yang memberi tumpuan kepada pembinaan populasi celik teknologi, memupuk inovasi, serta mengurangkan jurang kemahiran digital.
Pada masa sama, Ugak berkata Kementerian Digital mengambil perhatian serius berhubung aspek pembelajaran AI yang dibangunkan secara holistik dan inklusif di setiap peringkat merangkumi institusi pendidikan, sektor swasta dan kerajaan.
Menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan yang baharu ditubuhkan, beliau berkata kementerian itu akan bekerjasama dengan setiap entiti bagi merangka model pembelajaran AI yang bersesuaian mengikut kumpulan sasar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Digital Rakyat
#Kementerian Digital
#Dewan Rakyat
#ekonomi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan