SHAH ALAM: Pusat Tuisyen Aster (PTA) telah berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian 3,000 pelajarnya dalam subjek Matematik menerusi Program 'Exam Based Online Tuition'.

Pelaksanaan tuisyen berkenaan memfokuskan kepada latih tubi soalan peperiksaan sebenar selain turut dilatih guru bertauliah bagi memastikan pelajarnya mendapat bimbingan secara berkesan.

Pengarah Pusat Tuisyen Aster (PTA), Ra’fat Wajdy Muhammad ketika Majlis Pelancaran Program 'Exam Based Online Tuition’ menerusi Seminar Gegar Algebra di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC) pada Isnin.


Pengarahnya, Ra’fat Wajdy Muhammad berkata berikutan sambutan memberangsangkan, program berkenaan akan diteruskan dengan kira-kira 20,000 pelajar disasar menyertainya pada tahun ini.

”Saya yakin dan percaya ramai ibu bapa di luar sana yang risau akan keberkesanan kelas secara dalam talian ini dan kami pihak Aster sangat pakar dalam menjalankan kelas secara dalam talian ini.

"Insya-Allah kita akan dapat lihat peningkatan keputusan pelajar-pelajar ini dari semasa ke semasa," katanya pada Majlis Pelancaran Program 'Exam Based Online Tuition’ menerusi Seminar Gegar Algebra di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC) pada Isnin.

Program “Exam Based Online Tuition” ini terbuka kepada pelajar seawal darjah lima bagi sekolah rendah dan tingkatan satu sehingga tingkatan lima bagi sekolah menengah.

Sementara itu, ibu kepada salah seorang pelajar yang terlibat dalam program tersebut, Siti Mariam Amran berkata, program berkenaan memberi banyak perubahan positif terhadap pembelajaran akademik anaknya.

“Jika dahulu anak saya sukar untuk menghabiskan sebarang buku latihan yang dibeli namun setelah menyertai Pusat Tuisyen Aster ini, mereka mampu menyiapkan dalam masa singkat. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada pihak Aster kerana nampak perubahan yang ketara kepada anak-anak saya. Terima kasih Aster,” katanya.

Aida Yasmeen, 19 tahun, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2020), antara yang menerima penganugerahan sijil Alumni Aster

Pengajaran dan pembelajaran di pusat tuisyen ini terbuka kepada pelajar seawal Tahun Lima bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima bagi sekolah menengah.

Majlis penyampaian anugerah, dari kiri, Naib Presiden Aster, Najmie Naharuddin, Pengarah Aster, Rafat Wajdy, Menteri Pembangunan dan Usahawan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, Nitesh Malani.

Sebelum ini, PTA merupakan pusat tuisyen pertama yang merangkul Anugerah SEBA Top 10 Best SME Service Provider in Secondary Education 2021 sekali gus mengiktiraaf PTA sebagai perkhidmatan terbaik dalam pendidikan untuk para pelajar.

PTA tawar promosi istimewa bermula sekarang sehingga 30 Jun ini kepada setiap pelajar yang mendaftar di Pusat Tuisyen Aster (PTA).

Di samping itu, PTA turut menawarkan promosi istimewa dengan buku percuma, Master Your Algebra kepada setiap pelajar yang mendaftar bermula sekarang sehingga 30 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://JomUbahGred.com


Pusat Tuisyen Aster | Berjaya bantu 3,000 pelajar ubah gred


*Artikel ini merupakan kandungan berbayar