KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dijangka dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini meskipun sasaran sebenar program itu tamat ialah pada Februari 2022.
Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin berkata keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual.
Beliau berkata selain itu, pada fasa ketiga, Pusat Vaksinasi Mega akan ditubuhkan antaranya di dalam stadium serta pusat persidangan dan langkah ini bakal menyaksikan lebih ramai orang dapat divaksinasi pada satu-satu masa.
"Bagaimanapun, apa yang masih lagi menjadi tanda tanya ialah sama ada kita akan mendapat vaksin mengikut jadual yang ditetapkan.
"Kita sudah menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat termasuk Pfizer tetapi kita masih lagi bergantung kepada kapasiti kilang pembuatan mereka di luar negara... kalau mereka menepati perjanjian atau kontrak itu, saya percaya dan yakin kita dapat selesaikan sebelum akhir tahun ini," katanya semasa ditemu bual melalui panggilan video dalam program Bicara Naratif di RTM malam tadi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata buat masa ini, selain Pfizer, Malaysia mempunyai perjanjian dengan empat pengeluar vaksin berbeza di luar negara iaitu Sinovac dari China, AstraZeneca (United Kingdom), Gamaleya (Sputnik V) dari Rusia dan vaksin satu dos CamSinoBIO (China) yang masih lagi dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
"Maklumat dan data yang dikeluarkan pengeluar vaksin itu mestilah berdasarkan kepada uji kaji yang dijalankan di luar negara yang menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan... kalau NPRA berpuas hati, barulah NPRA memberi kelulusan untuk vaksin tersebut.
"Kalau NPRA bagi kelulusan kepada semua vaksin ini untuk digunakan di Malaysia, maka bertambahlah bekalan kita untuk percepatkan imunisasi ini," katanya.
Menyentuh mengenai Pusat Vaksinasi Mega, beliau berkata ia bakal ditubuhkan dalam fasa ketiga (fasa orang ramai) memandangkan ia merupakan yang terbesar antara ketiga-tiga fasa bagi program itu.
"Fasa ketiga juga merupakan penjadualan penghantaran vaksin yang paling banyak iaitu kalau hari ini ratusan ribu sahaja, tetapi menjelang pertengahan tahun ini apabila fasa ketiga bermula, penjadualan penghantaran vaksin adalah jutaan vaksin akan sampai, sebab itu kita memerlukan tempat atau pusat pemberian vaksin yang besar untuk kita selesaikan pemberian vaksin dan tidak perlu kita simpan vaksin ini di pusat simpanan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Khairy berkata Pusat Vaksinasi Mega, bakal ditubuhkan dalam fasa ketiga memandangkan ia yang terbesar antara ketiga-tiga fasa bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. - Gambar fail/ Bernama

40 khemah peniaga, 16 rumah di Kepala Batas rosak akibat ribut
Melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.

Dua maut kemalangan babitkan dua kenderaan di Seremban
Dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Petugas KKM dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran
Kenyataan KKM merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.

Kerajaan tiada cadangan keluar senarai penerima vaksin - Ahmad Amzad
Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan senarai penerima vaksin COVID-19 kerana angka yang menanti setakat ini sudah terlalu panjang.

80,336 terima suntikan pertama vaksin COVID-19, Sarawak tertinggi - Khairy
Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 13,691 penerima.

Usah benarkan hospital swasta jual vaksin COVID-19 ketika ini - Pakar
Kerajaan tidak harus berkompromi dengan cadangan membenarkan hospital swasta menjual vaksin COVID-19 kepada golongan berkemampuan.

53,287 terima suntikan pertama vaksin COVID-19 - Khairy
Khairy berkata, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima.

COVID-19: 32,277 terima suntikan dos pertama vaksin - Khairy
Lebih 1.62 juta orang juga telah mendaftar untuk program vaksin COVID-19 setakat jam 8 pagi ini.

Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah - Khairy Jamaluddin
Jumlah itu masih rendah jika mengambil kira sasaran 80 peratus rakyat Malaysia divaksin menjelang tahun depan.

Ibu hamil, susukan anak, rancang mengandung boleh ambil vaksin - Menteri Kesihatan
Golongan yang ada penyakit imuniti rendah juga dibenarkan untuk menerima vaksin, namun perlu memastikan keadaan mereka stabil sebelum disuntik.

Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy
Kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Data peribadi penerima vaksin tidak dikongsi dengan syarikat pengeluar - Khairy
Data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal terlibat hanyalah maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dilakukan.