[TERKINI] Lagi Kes Serangan Seksual di Sekolah: 4 Pelajar Ditahan di Baling – Klik untuk Laporan Penuh
MALAYSIA

Program Imunisasi: KKM akan jalin kerjasama dengan Pfizer bagi pemantauan

Hasimi Muhamad 21/02/2021 | 05:14 MYT
Dr Adham (kanan) berkata, ia bagi memastikan fasa pengawasan selepas pemberian suntikan vaksin dapat dilaksanakan dengan baik - Gambar BERNAMA
SEPANG: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalin kerjasama dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer untuk menjalankan pemantauan sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berlangsung.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia bagi memastikan fasa pengawasan selepas pemberian suntikan vaksin dapat dilaksanakan dengan baik.

“Selain itu, berkenaan picagari low dead-volume perlu digunakan untuk mengelakkan pembaziran. Kita juga akan berunding dengan Pfizer supaya negara kita menjadi pengeluar untuk diatur atau diagihkan ke peringkat antarabangsa.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech

“Ketiga, Insya-Allah (kita akan mengkaji) teknologi penghantaran kerana ia sangat penting memandangkan vaksin Pfizer memerlukan suhu -70 darjah Celsius,” katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.

Yang turut hadir, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

BACA: Program Imunisasi COVID-19 diawalkan, Perdana Menteri terima suntikan pada 24 Februari

B
ACA: 271,802 petugas barisan hadapan berdaftar terima suntikan vaksin fasa pertama - Khairy


INTERAKTIF: Bilakah anda akan menerima vaksin COVID-19? Ketahui di sini


Semua berita vaksin COVID-19


#Khairy Jamaluddin #Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Media #KKM #COVID-19 #Pfizer #Vaksin tiba di Malaysia #Adham Baba