awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program imunisasi percuma dijangka rancakkan industri pelancongan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2021
22:24 MYT
Program imunisasi percuma dijangka rancakkan industri pelancongan
Razali berkata pengumuman berkenaan membantu mempercepatkan pembukaan semula pintu sempadan negara bagi kemasukan pelancongan ke Malaysia. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Usaha kerajaan membenarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilakukan secara percuma dijangka menghidupkan kembali ekonomi industri pelancongan negara yang telah lama terhenti akibat penularan pandemik COVID-19.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pengumuman berkenaan membantu mempercepatkan pembukaan semula pintu sempadan negara bagi kemasukan pelancongan ke Malaysia.
Menurutnya, industri umrah dan haji yang turut terkesan akibat pandemik dapat bernafas kembali sekiranya sempadan negara dibuka.
“Papuh juga berharap agar kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat mempertimbangan pembukaan semula pintu sempadan dalam masa terdekat supaya jemaah umrah Malaysia dapat mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.
“Kami yakin rata-rata rakyat Malaysia amat merindui untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada Isnin, individu yang mendapat janji temu untuk suntikan vaksin COVID-19 di hospital atau klinik swasta tidak perlu membayar sebarang caj.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, caj berkenaan sebaliknya akan dibayar oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Khairy Jamaluddin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#Razali Mohd Sham
#umrah dan haji
#pembukaan semula pintu sempadan
#Ramadan
#PAPUH
#Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan