MALAYSIA
Program i-Sejahtera diteruskan dengan peruntukan RM65 juta pada 2026 - Chow
Chow ketika membentangkan Belanjawan 2026 berkata untuk tahun ini, kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM53.57 juta melibatkan 287,923 penerima sehingga 31 Okt. - Gambar Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kerajaan negeri akan meneruskan Program i-Sejahtera pada tahun hadapan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM65 juta bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir.
Ringkasan AI
Ketua Menteri Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2026 berkata untuk tahun ini, kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM53.57 juta melibatkan 287,923 penerima sehingga 31 Okt.
"Program i-Sejahtera merupakan bukti kesungguhan kerajaan negeri dalam menyantuni golongan rentan dan menghargai sumbangan rakyat negeri ini.
"Pada 2024, kerajaan negeri telah mengagihkan sejumlah RM56.24 juta termasuk bantuan pengurusan jenazah kepada 286,335 penerima," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 pada 16 Mei berpandangan program i-Sejahtera wajar diteruskan dengan pendekatan lebih bersasar dan inklusif.
Ia berikutan pada 9 Mei, Chow berkata Pulau Pinang sedang menjalankan kajian dan semakan semula terhadap Program i-Sejahtera bagi memastikan program itu mencapai sasaran.
Program i-Sejahtera merupakan penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri yang disumbangkan dalam bentuk kewangan secara setahun sekali kepada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, suri rumah dan bayi.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!
Ringkasan AI
- Kerajaan negeri Pulau Pinang akan meneruskan Program i-Sejahtera pada tahun hadapan dengan peruntukan RM65 juta bagi menyantuni golongan rentan tanpa terpinggir.
- Sebanyak RM53.57 juta telah dibelanjakan tahun ini melibatkan 287,923 penerima, sementara pada 2024, RM56.24 juta telah diagihkan termasuk bantuan pengurusan jenazah kepada 286,335 penerima.
- Ketua Menteri Chow Kon Yeow menegaskan kesungguhan kerajaan negeri dalam menyokong golongan rentan serta mengagihkan bantuan kewangan melalui Program i-Sejahtera.