HULU SELANGOR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan program khas bagi memberi latihan khusus kepada penjaga golongan berkeperluan khas dan Orang Kurang Upaya (OKU)
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata program yang dijangka bermula tahun depan itu akan membolehkan penjaga terbabit menjadikan tugas itu sebagai kerjaya dan bukan lagi sekadar sukarela.
"Negara kita bukan sekadar menuju ke status negara menua tetapi akan turut mempunyai golongan dengan keupayaan berbeza dan ada juga dalam kalangan mereka yang perlukan penjagaan sejak dari kecil.
"Jadi orang menjaga golongan ini perlulah dilatih dan yang sudah mulakan ini (latihan) adalah sektor swasta manakala kerajaan lebih kepada mereka yang sukarela...jadi kita perlu naikkan taraf mereka (penjaga) dengan memberikan ilmu dan kemahiran tepat untuk menjaga mereka yang memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jalinan Kasih Beiersdorf Bersama Rumah Ehsan dan Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bahru di sini hari ini.
Nancy berkata memandangkan perkara itu memerlukan peruntukan kewangan maka program khas tersebut akan dibincangkan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi sebelum dibawa ke Kabinet.
"Kita baru mulakan perbincangan sebab ini perlukan peruntukan kewangan dan perancangan terperinci tetapi ini adalah salah satu kerjaya perlu diketengahkan," katanya.
Beliau berkata institusi sosial yang ada dalam negara akan menjadi agensi utama bagi membantu kementerian memberikan kursus dan latihan tersebut.
"Tetapi setakat ini ramai pihak yang datang kepada kita termasuk pihak universiti yang menawarkan kemahiran mereka dan tempat untuk latihan," katanya.
Mengenai program hari ini, Syarikat Beiersdorf (M) bersama Yayasan Budi Penyayang menyantuni penghuni Rumah Ehsan Kuala Kubu Bahru (REKKB) dan Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bahru (TSHKKB) menerusi Program Jalinan Kasih Bersama Beiersdorf.
REKKB menerima lima alat pemanas air, lima televisyen dan 109 beg cenderahati syarikat manakala TSHKKB menerima sumbangan sebanyak 200 tin susu, 200 set cadar dan 184 beg cenderamata syarikat.
Selain itu, TSHKKB menerima sumbangan 200 biji bantal daripada Syarikat Chester London dan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura Ng Hock Guan kepada Nancy.
REKKB merupakan institusi yang memberi penjagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga emas yang uzur, daif dan tidak mempunyai waris serta memerlukan penjagaan jangka panjang dalam persekitaran selesa dan selamat.
TSHKKB pula memberi penjagaan, perlindungan, pemulihan dan latihan kepada OKU kategori pembelajaran mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dan diwartakan sebagai Tempat Selamat untuk perlindungan khususnya kepada kanak-kanak OKU kategori pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Nancy (kanan) mencuba bakat melukis mural selepas melancarkan Program Jalinan Kasih Beiersdorf Bersama Rumah Ehsan dan Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bahru hari ini. -Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.