MALAYSIA
Program KUSKOP perlu beri impak noktahkan kemiskinan rakyat - Ewon
Datuk Ewon Benedick berkata matlamat kementerian adalah jelas iaitu menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan dan koperasi supaya masyarakat tidak hanya bergantung kepada bantuan yang bersifat sementara. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mahu program yang dilaksanakan di bawah agensinya memberi impak bukan hanya dari segi pendapatan tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam usaha menoktahkan kemiskinan rakyat.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata matlamat kementerian adalah jelas iaitu menoktahkan kemiskinan melalui keusahawanan dan koperasi supaya masyarakat tidak hanya bergantung kepada bantuan yang bersifat sementara.
Beliau mahu melihat masyarakat mampu berdiri sendiri dan berjaya dengan hasil usaha mereka, pada masa sama kementerian terus melaksanakan pelbagai program seperti latihan keusahawanan dan bimbingan perniagaan, akses kepada pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana, koperasi serta program literasi kewangan dan digital.
"Inilah makna sebenar menoktahkan kemiskinan iaitu apabila rakyat diberi peluang dan dibimbing sehingga mereka tidak lagi memerlukan bantuan tetapi menjadi penyumbang kepada ekonomi negara," katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutupan mini karnival Bank Rakyat di Kadamaian Square di sini berlangsung selama dua hari berakhir hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff.
Ewon berkata program mini karnival Bank Rakyat adalah contoh terbaik kerjasama antara sektor kerajaan, korporat dan masyarakat agar dapat mencetuskan impak besar kepada pembangunan sosioekonomi.
Beliau berkata inisiatif itu diharap akan membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh ekonomi MADANI di negeri di Bawah Bayu.
Sementara itu, Bank Rakyat dalam kenyataan memaklumkan telah menyalurkan sumbangan inisiatif Jangkauan Komuniti dan keusahawanan bernilai kira-kira RM2 juta yang memberi manfaat kepada lebih 4,300 penerima dalam program berkenaan.
Sumbangan lain yang disampaikan termasuk inisiatif Bank Rakyat UNIpreneur sebanyak RM67,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), RAKYATpreneur sebanyak RM10,000, BaktiRAKYAT berjumlah RM30,000 bagi aktiviti menaik taraf laluan pejalan kaki di Unit Rekod Perubatan Hospital Kota Belud.
"Selain itu, sumbangan inisiatif Kebun Nuri Nutrisi sebanyak RM19,825 kepada Sekolah Kebangsaan (Sk) Narinang bagi projek tanaman hidroponik, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah melalu inisiatif BR COMMUNI71 (BR Community) sebanyak RM7,100 yang memberi manfaat kepada 71 penerima warga emas serta ibu bapa tunggal," menurut kenyataan itu.
Turut disampaikan bantuan asnaf sebanyak RM11,000 kepada Masjid Kampung Siasai Dundau, pelajar asnaf Sk Kuala Abai RM10,000 serta penyampaian cek cura bagi Pembiayaan Mikro-i Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0) bernilai keseluruhan RM50,000 kepada lima orang usahawan.
Yayasan Bank Rakyat juga menyalurkan sumbangan sebanyak RM1.5 juta yang memberi manfaat kepada 3,503 orang pelajar UMS merangkumi Bantuan Awal Pengajian (RM100,000), Bantuan Awal Pengajian Program Ehsan@KUSKOP (RM400,000), Tuisyen Rakyat Program Ehsan@KUSKOP (RM370,000) dan Bantuan Asrama Desa Program Ehsan@KUSKOP sebanyak RM659,000.
-- BERNAMA