KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa hari ini, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang masih mempunyai akaun berstatus aktif.
Menurut LPPSA, program kerjasama antara LPPSA dan panel Insurans / Takaful Am LPPSA berkenaan memberi pilihan kepada pelanggan untuk memiliki perlindungan tambahan selain perlindungan Insurans / Takaful Mortgage Reducing Term Assurance / Takaful yang telah diluluskan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam sebelum ini.
"Melalui Program LPPSA i-Prihatin, pelanggan layak untuk memohon Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dengan bayaran premium sebanyak RM100 setahun dan menikmati perlindungan kewangan tambahan untuk kematian dan kecacatan anggota badan (kekal penuh atau separa kekal) disebabkan kemalangan bernilai RM100,000," menurut LPPSA dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, manfaat atau perlindungan yang ditawarkan termasuk kematian / keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan, keilatan separuh dan kekal akibat kemalangan, jumlah perlindungan tambahan untuk kematian / keilatan menyeluruh dan kekal akibat kemalangan semasa melancong di luar negara dan di dalam pengangkutan awam.
Manfaat dan perlindungan lain adalah perbelanjaan pengebumian akibat kemalangan, perbelanjaan penghantaran pulang jenazah akibat kemalangan, Badal Haji, perbelanjaan pemulihan akibat kemalangan, perbelanjaan perubatan akibat kemalangan serta bayaran ambulans.
Manfaat atau perlindungan yang ditawarkan juga termasuk elaun kecederaan akibat diragut, elaun penyembuhan denggi, perlindungan akibat rompakan ATM dan pendapatan harian hospital akibat kemalangan (maksimum 100 hari setahun).
Permohonan perlindungan GPA boleh dibuat melalui pautan www.lppsa.gov.my/gpa dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Permohonan perlindungan GPA boleh dibuat melalui pautan www.lppsa.gov.my/gpa.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Bachok Sabtu lepas, direman.

Proses pemilihan kepimpinan PKR lancar, terkawal - Fahmi
Proses pengundian bagi pemilihan kepimpinan baharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) sesi 2025-2028 berjalan lancar dan terkawal.

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

KPT tumpu pembangunan institusi bentuk kecemerlangan akademik
KPT akan menumpukan kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi sebagai wahana pengubah dan pembangun budaya dalam membentuk kecemerlangan akademik dan sahsiah mahasiswa.

Laskar Kanan TLDM didakwa terima rasuah RM46,000 berhubung pinjaman LPPSA
Khairul Anuar didakwa menerima wang tunai RM46,000 secara serahan tangan daripada Norernawati Chin bagi urusan permohonan pinjaman LPPSA.

4,000 pembeli menerusi LPPSA bakal nikmati penangguhan pembayaran balik pinjaman
Kerajaan memahami bebanan yang ditanggung pembeli akibat kelewatan projek disiapkan, terutama akibat COVID-19.

JPPH diberi kuasa sebagai perantara tentukan nilai harta dan harga rumah
Hasil MoU antara LPPSA dan JPPH yang dimeterai bagi perkongsian maklumat dalam bidang penilaian pembiayaan perumahan sektor awam.

Cuepacs mohon kerajaan, LPPSA pertimbang tangguh bayaran balik pembiayaan perumahan
Penangguhan bayaran balik pembiayaan perumahan, sehingga rumah peminjam siap dibina oleh pemaju atau selepas mereka menerima kunci rumah.

Program LPPSA i-Prihatin diperkenal hari ini
LPPSA memperkenalkan Program LPPSA i-Prihatin kepada pelanggan yang masih mempunyai akaun berstatus aktif.

Cuepacs syor LPPSA beri moratorium 6 bulan
Cuepacs menyarankan LPPSA supaya turut menangguhkan pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam selama enam bulan.

PKP: Pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam diteruskan - Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pinjaman perumahan bagi kakitangan awam dibawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPSSA)

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam tidak sensitif - Azih
Azih berkata, kenyataan itu juga menunjukkan LPPSA seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti langsung terhadap situasi ekstrem yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini.

Tiada penangguhan pembayaran balik ansuran pembiayaan perumahan LPPSA
Tiada penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).