MALAYSIA
Program MADANI Rakyat 2025 catat kehadiran tertinggi di Melaka - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika menghadiri Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka di Politeknik Merlimau hari ini. - Foto Bernama
JASIN: Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 yang berlangsung di Politeknik Merlimau di sini mencatat antara jumlah kehadiran pengunjung paling ramai dalam sejarah penganjurannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Beliau berkata penganjuran kali ini cukup istimewa apabila negeri Bandaraya Bersejarah itu menjadi tuan rumah dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (MINDEF) selaku kementerian peneraju, yang berjaya menarik kehadiran besar rakyat melalui pameran pelbagai kemudahan serta kelengkapan pertahanan.
"Saya ucapkan penghargaan dan tahniah, terutamanya kepada MINDEF... kali ini agak lebih istimewa kerana tarikan kemudahan dan kelengkapan pertahanan itu menyebabkan begitu ramai yang hadir -- mungkin antara yang paling ramai dalam sejarah Program MADANI Rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan PMR 2025 Melaka di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.
PMR yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas merekodkan kehadiran seramai 204,834 pengunjung setakat 11 pagi ini.
Anwar turut merakam penghargaan kepada Kerajaan Melaka yang bekerjasama menjayakan program itu, selain menyifatkannya sebagai platform penting bagi kerajaan menyantuni rakyat serta memberi penjelasan terus berhubung dasar dan projek kerajaan.
"Tujuan kita mengadakan Program MADANI Rakyat ini antara lain adalah untuk menyantuni rakyat -- supaya mereka tahu, faham dan dapat melihat sendiri pelaksanaan dasar serta projek yang diumumkan oleh kerajaan," katanya.
Perdana Menteri berkata pendekatan turun padang itu selaras dengan konsep Kerajaan MADANI yang menekankan ketelusan, kebertanggungjawaban dan komunikasi langsung dengan rakyat, selain membolehkan kerajaan memberi penjelasan supaya rakyat dapat menilai sendiri.
Terdahulu, Anwar dipersembahkan dengan 'Asuk', atau Anjing Siber Skuad Khas, iaitu robot anjing berteknologi kecerdasan buatan (AI) direka sebagai kenderaan darat tanpa pemandu berkaki empat (Q-UGV) bagi menyokong aplikasi keselamatan, pertahanan dan industri.
Asuk dibangunkan dengan kerjasama Ghost Robotics dari Amerika Syarikat dan berfungsi sebagai platform asas dalam strategi jangka panjang Aerospace Defence Industries Sdn Bhd (NADI) untuk membina ekosistem tanpa pemandu yang pintar dan beroperasi di darat, laut serta udara.
PMR 2025 Melaka yang melabuhkan tirai hari ini, menampilkan pelbagai pengisian menarik merangkumi aktiviti komuniti, pameran agensi dan persembahan pertahanan.
Bertemakan 'Aspirasi MADANI, Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara', program dianjurkan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama strategik MINDEF dan Kerajaan Melaka selaku penganjur bersama.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Melaka mencatat kehadiran tertinggi dalam sejarah penganjurannya, dengan lebih 204,000 pengunjung hadir sepanjang tiga hari, hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan PMR sebagai platform penting untuk menyantuni rakyat dan memberi penjelasan terus mengenai dasar serta projek kerajaan, selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban Kerajaan MADANI.
- Antara tarikan utama ialah pameran kelengkapan pertahanan dan teknologi seperti robot anjing AI Asuk, serta pelbagai aktiviti komuniti, sukan dan pameran agensi yang menjadikan program ini lebih istimewa dan inklusif.
Beliau berkata penganjuran kali ini cukup istimewa apabila negeri Bandaraya Bersejarah itu menjadi tuan rumah dengan kerjasama Kementerian Pertahanan (MINDEF) selaku kementerian peneraju, yang berjaya menarik kehadiran besar rakyat melalui pameran pelbagai kemudahan serta kelengkapan pertahanan.
"Saya ucapkan penghargaan dan tahniah, terutamanya kepada MINDEF... kali ini agak lebih istimewa kerana tarikan kemudahan dan kelengkapan pertahanan itu menyebabkan begitu ramai yang hadir -- mungkin antara yang paling ramai dalam sejarah Program MADANI Rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan PMR 2025 Melaka di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.
PMR yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas merekodkan kehadiran seramai 204,834 pengunjung setakat 11 pagi ini.
Anwar turut merakam penghargaan kepada Kerajaan Melaka yang bekerjasama menjayakan program itu, selain menyifatkannya sebagai platform penting bagi kerajaan menyantuni rakyat serta memberi penjelasan terus berhubung dasar dan projek kerajaan.
"Tujuan kita mengadakan Program MADANI Rakyat ini antara lain adalah untuk menyantuni rakyat -- supaya mereka tahu, faham dan dapat melihat sendiri pelaksanaan dasar serta projek yang diumumkan oleh kerajaan," katanya.
Perdana Menteri berkata pendekatan turun padang itu selaras dengan konsep Kerajaan MADANI yang menekankan ketelusan, kebertanggungjawaban dan komunikasi langsung dengan rakyat, selain membolehkan kerajaan memberi penjelasan supaya rakyat dapat menilai sendiri.
Terdahulu, Anwar dipersembahkan dengan 'Asuk', atau Anjing Siber Skuad Khas, iaitu robot anjing berteknologi kecerdasan buatan (AI) direka sebagai kenderaan darat tanpa pemandu berkaki empat (Q-UGV) bagi menyokong aplikasi keselamatan, pertahanan dan industri.
Asuk dibangunkan dengan kerjasama Ghost Robotics dari Amerika Syarikat dan berfungsi sebagai platform asas dalam strategi jangka panjang Aerospace Defence Industries Sdn Bhd (NADI) untuk membina ekosistem tanpa pemandu yang pintar dan beroperasi di darat, laut serta udara.
PMR 2025 Melaka yang melabuhkan tirai hari ini, menampilkan pelbagai pengisian menarik merangkumi aktiviti komuniti, pameran agensi dan persembahan pertahanan.
Bertemakan 'Aspirasi MADANI, Menjamin Pertahanan dan Kedaulatan Negara', program dianjurkan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama strategik MINDEF dan Kerajaan Melaka selaku penganjur bersama.
-- BERNAMA

#Program MADANI Rakyat
#Anwar Ibrahim
#kehadiran pengunjung paling ramai dalam sejarah
#Politeknik Merlimau