awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Malaysia #QuranHour bakal masuk kalendar pelancongan - Zahid

Khalis Khadir
Khalis Khadir
30/08/2025
08:40 MYT
Program Malaysia #QuranHour bakal masuk kalendar pelancongan - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan strategi kerajaan mempromosikan produk pelancongan Islamik di peringkat antarabangsa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program Malaysia #QuranHour akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negara sebagai usaha memperkukuh pelancongan berasaskan Islam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia selaras dengan strategi kerajaan mempromosikan produk pelancongan Islamik di peringkat antarabangsa.
“Alhamdulillah, Malaysia #QuranHour kini telah memasuki edisi ke-11 dan pihak penganjur mencadangkan agar ia dimasukkan dalam kalendar pelancongan tahunan negara.
"Tiada masalah besar untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada pelancongan Islamik yang akan dipromosikan bersama beberapa acara lain seperti sambutan Maulidur Rasul,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pelancongan berkata demikian selepas menghadiri Program Malaysia #QuranHour 2025 yang diadakan di Masjid Negara, di sini, pada Sabtu.
Program berkenaan turut dijadikan acara sisipan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Bertemakan Merdeka Dengan Rasa, program kali ini berpandukan kepada Surah Al-Saff, Surah Ali Imran dan Surah Al-Balad yang membentuk kerangka nilai berasaskan konsep Ahassa.
Ia menekankan mengenai nilai empati mendalam bagi mengukuhkan disiplin, kesedaran dan iltizam untuk membina ummah yang kuat.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#quran hour
#Ahmad Zahid Hamidi
#Hari Kebangsaan
#kalendar pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan