awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
Ops Ambang Tahun Baharu: Polis keluarkan 12,437 saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN

Bernama
Bernama
01/01/2026
13:30 MYT
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
LHDN memaklumkan dokumen itu boleh diakses dan dimuat turun menerusi laman www.hasil.gov.my atau capaian pantas https://www.hasil.gov.my/media/02mbu5fw/program-memfail-bn-bagi-tahun-2026.pdf. - Gambar fail/Bernama
CYBERJAYA: Program Memfail Borang Nyata (BN) bagi 2026 telah dimuat naik di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BN tahun ini.

Ringkasan AI
  • Program Memfail Borang Nyata (BN) 2026 dimuat naik di portal LHDN sebagai panduan pembayar cukai, dengan butiran boleh dimuat turun dari laman web rasmi LHDN.
  • Majikan digalakkan mengemukakan butiran saraan pekerja melalui e-C.P8D sebelum 25 Feb 2026 bagi memudahkan proses e-Filing bermula 1 Mac 2026.
  • Sistem Taksir Sendiri (STS) diperkenalkan kepada entiti Labuan untuk seragamkan sistem taksiran cukai dengan ACP 1967 serta pindaan ACAPL 1990, dan pengemukaan dokumen bagi pelbagai kategori pembayar cukai diperluas bermula TT 2026.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan dokumen itu boleh diakses dan dimuat turun menerusi laman www.hasil.gov.my atau capaian pantas https://www.hasil.gov.my/media/02mbu5fw/program-memfail-bn-bagi-tahun-2026.pdf.
"Dalam usaha memudahkan proses pelaporan, majikan digalakkan untuk mengemukakan butiran saraan dan potongan pekerja melalui e-C.P8D selewat-lewatnya pada 25 Feb 2026.
"Maklumat saraan pekerja yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi ke dalam e-Borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT Tahun Taksiran (TT) 2025). Langkah ini bertujuan memudahkan proses e-Filing bermula 1 Mac 2026," menurut kenyataan itu.
Selain itu, LHDN memaklumkan mulai TT 2025 (asas tahun semasa), Sistem Taksir Sendiri (STS) diperkenalkan kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan selaras dengan pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL 1990).
Pelaksanaan STS bertujuan menyeragamkan sistem taksiran cukai di Labuan supaya selari dengan sistem taksiran yang berkuat kuasa di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
Seiring dengan pelaksanaan keperluan pengemukaan dokumen di bawah Seksyen 82B ACP 1967 bagi pembayar cukai kategori Syarikat (C) dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PT) bermula TT 2025, ia diperluas kepada pembayar cukai kategori Unit Amanah/Amanah Harta Tanah (TC), Koperasi (CS), Badan Amanah (TA) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah/Tabung Amanah Harta (TR) mulai TT 2026.
Sebagai panduan dan rujukan, maklumat berhubung pelaksanaan Program Memfail Dokumen Yang Ditentukan di bawah Seksyen 82B boleh diakses melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-filing
#LHDN
#taksiran cukai
#potongan pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan