PENDIDIKAN mengenai alam sekitar perlu diterapkan kepada generasi muda bagi membolehkan mereka faham kepentingan hutan, sungai, haiwan dan bumi kepada kehidupan. Ini membolehkan mereka menghargai alam sekitar dan memelihara hidupannya agar tidak pupus atau hilang ditelan arus kemodenan.
Kes-kes pencemaran di Malaysia mutakhir ini memberi isyarat bahawa kegagalan melaksanakan tanggung jawab memelihara bumi akan menyebabkan alam mengalami kerosakan sehingga boleh mengancam nyawa.
Menyedari pentingnya ilmu mengenai hutan, sungai, hidupan liar dan bumi, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST) terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai alam semula jadi kepada generasi muda melalui program Nature U.
Penyelaras Projek Nature U, Noorliza Abu Bakar, berkata Nest mahu berkongsi kepakaran dan ilmu mengenai alam sekitar terutama hutan, tanah, air dan muka bumi yang indah termasuk burung serta hidupan lain.
"Inilah khazanah yang kita perlu pelihara kerana jika manusia rakus meneroka alam sekitar tanpa sekatan, ia akan memberi kemudaratan dan bahaya kepada generasi masa depan.
"Lihat apa yang berlaku kepada kebanyakan negara di Afrika, hutan menjadi kontang dan muka bumi tercemar sehingga mengancam hidupan haiwan. Ini yang kami mahu generasi muda di negara ini tahu supaya perkara seumpama itu tidak berlaku di sini," katanya.
Beliau yang juga Setiausaha NEST bangga kerana program Nature U mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelajar berusia di antara 7 hingga 17 tahun malah ramai ibu bapa turut hadir untuk melihat sendiri perjalanan program itu.
"Seramai 43 pelajar mengambil bahagian dalam program Nature U di Taman Tugu, Kuala Lumpur dan mereka diajar mengenai kepentingan menjaga alam semula jadi, hutan, bumi dan hidupan seperti burung.
"Kami memberi pembelajaran secara santai kerana ia dilakukan di luar bilik darjah selain membabitkan tenaga pengajar berwibawa dari universiti tempatan," katanya.
Berikutan sambutan baik di kalangan pelajar dan ibu bapa, NEST bercadang mengadakan program Nature U di seluruh negara dengan mengekalkan format dan kandungan pembelajaran yang sama iaitu mengenai alam semula jadi.
"Kami bercadang membawa pelajar yang menyertai program Nature U ke Taman Negara dan Hutan Belum supaya mereka dapat melihat sendiri apa yang diajar, secara tidak langsung konsep pembelajaran yang diterapkan lebih berkesan dan tidak menjemukan.
"Ketika di Taman Negara dan Hutan Belum, kami akan membawa mereka melihat pelbagai flora dan fauna, sungai dan penghuni yang berkongsi alam semula jadi untuk kehidupan seperti masyarakat Orang Asli.
"Tanpa hutan dan haiwan, alam semula jadi akan mati malah beberapa spesies binatang mungkin pupus jika kita tidak menjaga alam sekitar," katanya.
Ibu bapa yang berminat dan ingin tahu mengenai program Nature U, boleh menghubungi Noorliza di talian 012-201 5675 untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, seorang ibu yang menghantar anaknya mengikuti program ini, Hazlin Zami, berkata program Nature U bagus untuk memberi kefahaman dan ilmu kepada generasi muda kepentingan menjaga alam sekitar.
Dia yang mempunyai empat anak berusia di antara tiga hingga 17 tahun memberi pendidikan sendiri di rumah dan menyertai program itu untuk memastikan anaknya mendapat ilmu pengetahuan tambahan yang boleh digunakan apabila dewasa.
"Kita sebahagian dari alam semula jadi, jadi perlu untuk membantu di antara satu sama lain kerana tanpa flora dan fauna, dunia akan menjadi kering kontang.
"Beliau yang pernah menetap di Kanada selama beberapa tahun mengakui program seumpama itu sudah biasa di Barat malah pelajar sudah diberi pendedahan mengenai alam sekitar sejak dari kecil.
"Saya berharap program Nature U dapat diadakan di seluruh negara kerana ia memberi banyak manfaat kepada generasi muda memandangkan ia menerapkan pendidikan informal atau luar kelas berbanding di sekolah yang banyak menumpukan kepada pembelajaran menggunakan buku," katanya.
Astro Awani
Sat Jul 13 2019
Pertubuhan NEST berkongsi ilmu mengenai alam semula jadi kepada generasi muda melalui program Nature U. - Foto Astro AWANI/Roslan Ibrahim
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Haiwan pelik pernah ditemui
Alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan.
Melaka pertingkat kualiti infrastruktur pelancongan menjelang WTD, WTC 2025
Melaka akan mempertingkatkan kualiti semua infrastruktur pelancongan di negeri berkenaan menjelang penganjuran WTD dan WTC, pada September 2025.
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.
Keindahan alam semula jadi tarikan di Geotapak Eko Rimba Bukit Ayer
Destinasi itu juga memiliki daya tarikan tersendiri antaranya rimba herba Perlis dan kolam untuk pengunjung mandi-manda.
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
Keindahan alam semula jadi tidak dapat diganti jika ia musnah - Tunku Azizah
Baginda bertitah amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim.
Britain rancang tingkat dana tangani perubahan iklim 11.6 bilion pound
Dana ke atas iklim antarabangsa ini akan menutup ruang untuk komitmen lain seperti kemanusiaan, wanita dan gadis.
Menggamit percutian ala kampung
Panorama kanopi menghijau yang terbentang luas dengan dikelilingi pokok hutan besar dan pokok durian pasti memberi kepuasan kepada pengunjung.
Sarawak rancang promosi pelancongan di Asia Barat
Ramai menyatakan minat menyertai pengembaraan di Sarawak kerana tertarik dengan alam semulajadi hutan hujan tropika yang subur.