MALAYSIA
Program Patuh akan diperluas ke seluruh pasar awam di ibu negara
Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman (tengah) ketika ditemui pemberita pada perasmian Program Pasar Patuh (3P) di Pasar Awam Sungai Besi hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur akan memperluas Program Patuh ke semua pasar awam di ibu negara tahun hadapan.
Ringkasan AI
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata program itu dilaksanakan sebagai langkah memperkukuh budaya pematuhan perniagaan sekali gus memastikan ekosistem perdagangan negara kekal kondusif, berintegriti dan telus.
"Program ini dilaksanakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran peniaga terhadap kepentingan mematuhi undang-undang, menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan peniaga serta melindungi hak dan kepentingan pengguna," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Pasar Awam Sungai Besi hari ini.
Beliau berkata Pasar Awam Sungai Besi dipilih sebagai perintis program berkenaan susulan keadaan infrastrukturnya yang semakin usang dan penurunan kehadiran orang ramai.
"Pasar ini dipilih pada Januari lepas, dan KPDN Kuala Lumpur bersama rakan strategik antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan telah bekerjasama membaiki bagi menjadikan pasar awam ini kembali menjadi tumpuan penduduk setempat," katanya.
Mohd Sabri berkata pelaksanaan program itu turut mencerminkan semangat kerjasama rentas agensi antara kerajaan, industri dan pengguna dalam memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara menyeluruh serta berimpak tinggi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Program Patuh KPDN Kuala Lumpur akan diperluas ke semua pasar awam di ibu negara tahun hadapan bagi memastikan keberkesanan ekosistem perdagangan negara.
- Objektif program ini termasuk meningkatkan kesedaran peniaga tentang kepatuhan undang-undang, mendorong persaingan sihat, dan melindungi hak pengguna.
- Pasar Awam Sungai Besi dipilih sebagai perintis program ini kerana infrastrukturnya yang usang, dengan kerjasama agensi kerajaan dan rakan strategik untuk membaiki keadaannya.