MALAYSIA
Program Pembentukan Karakter KPM belum jelas, risiko guru keliru - Penganalisis
Dr. Mohd Nazri berkata aspek pembentukan karakter telah wujud dalam kurikulum semasa, tanpa keperluan mewujudkan sesuatu yang baharu. - gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kaedah pelaksanaan program Pembentukan Karakter yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) tidak jelas ketika ini dan berisiko menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru.
Ringkasan AI
Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman berkata aspek pembentukan karakter telah wujud dalam kurikulum semasa, tanpa keperluan mewujudkan sesuatu yang baharu.
"Apabila kita sentuh mengenai pembentukan karakter, nilai dan sahsiah dalam sistem pendidikan, sebenarnya ia telah bermula sejak wujudnya mata pelajaran Tata Rakyat.
“Kemudian diperkenalkan Pendidikan Sivik. Selepas itu diperbaharui dengan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kini kita dibawa pula bentuk baharu iaitu Pembinaan Karakter,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Dr. Omar Yaakob pula berpandangan pembentukan karakter dan sahsiah murid perlu dilihat dari segi pembangunan ekosistem pendidikan yang lebih menyeluruh.
"Kita perlukan ekosistem yang ketika ini belum mantap dan tidak terserlah. Ekosistem ini perlukan gandingan guru, ibu bapa dan masyarakat. Di sekolah, guru-guru dan sistem sekolah perlu dipastikan sesuai untuk mendidik murid. Tonggak utama ekosistem ini ialah guru,” ujarnya.
Pada Ahad, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata memaklumkan KPM akan memperkenalkan pelaksanaan pembentukan karakter murid secara menyeluruh mulai 2026, dengan pendekatan bersepadu yang diintegrasikan dalam subjek pembelajaran sedia ada.
Menurutnya, pembentukan karakter bukan subjek baharu, sebaliknya diterapkan dalam waktu pengajaran harian bagi memperkukuh nilai murni dan sahsiah murid melalui pendekatan amali.
Tambah Fadhlina, guru akan memperuntukkan sedikit masa dalam waktu pembelajaran untuk melaksanakan aktiviti pembentukan karakter murid, yang lebih menekankan latihan dan pengamalan nilai dalam konteks kehidupan seharian.
Ringkasan AI
- Program Pembentukan Karakter yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) masih tidak jelas, menyebabkan kekeliruan di kalangan guru.
- Aspek pembentukan karakter sebenarnya telah ada dalam kurikulum sedia ada tanpa perlu mencipta elemen baru seperti Pembinaan Karakter.
- Pembentukan karakter dan sahsiah murid perlu dilihat sebagai satu ekosistem pendidikan yang melibatkan guru, ibu bapa, dan masyarakat, dengan guru sebagai tonggak utama bagi keberkesanan program ini.