PUTRAJAYA: Program Pendidikan Pradialisis yang dikhususkan kepada pesakit buah pinggang kronik tahap 4 dan 5 akan diperkenalkan di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara mulai tahun depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata pelaksanaan secara menyeluruh modul khas itu akan dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memperoleh model terbaik melalui data dan penyelidikan.
"Untuk permulaan, program ini akan dimulakan di Pahang sebelum dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu," katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran Duta Ginjal dan Program Pendidikan Pradialisis anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) di sini hari ini.
Khairy berkata program yang dibangunkan sekumpulan pakar perubatan itu dijangka dapat memberikan maklumat penting kepada pesakit terbabit serta membantu mereka untuk memilih jenis rawatan yang bersesuaian dengan tahap penyakit yang dihidapi.
"Aktiviti pendidikan kesihatan seumpama ini merupakan salah satu cara kita (KKM) memperkasakan orang ramai, pesakit dan ahli keluarga agar lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing," katanya yang turut dilantik sebagai Duta Ginjal.
Beliau berkata penilaian KKM pada 2020 terhadap keberkesanan program tersebut di luar negara mendapati ia berkesan dalam meningkatkan pengetahuan pesakit dan ahli keluarga, meningkatkan pemindahan buah pinggang dan membantu pesakit memilih rawatan dialisis di rumah sama ada secara dialisis peritoneal atau rawatan konservatif (tanpa dialisis).
Selain program tersebut, Khairy berkata KKM telah melancarkan laman sesawang www.mybuahpinggang.com pada 27 Dis 2020 dan Facebook MYBuahPinggang pada 18 Ogos 2019 sebagai medium perkongsian dan penyampaian maklumat yang tepat berhubung penyakit buah pinggang serta kaedah rawatan.
Berkongsi data terkini daripada 'Malaysia Dialysis and Transplantation Registry', Khairy berkata terdapat 49,111 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis sama ada secara hemodialisis atau peritonal dialisis.
Katanya, terdapat 8,000 pesakit buah pinggang baharu dalam tempoh setahun di negara ini.
"Data juga melaporkan, ketika ini terdapat 4,722 pesakit buah pinggang sedang menunggu transplan," katanya.
Mengenai perancangan akan datang, beliau berkata pihaknya sedang mengkaji untuk membangunkan mekanisme bagi mengenal pasti kes berpotensi sebagai penderma organ dari kalangan pesakit kematian otak.
"Saya akan mengadakan libat urus dengan doktor-doktor pakar khususnya yang bertugas di Unit Rawatan Rapi untuk melihat langkah penambahbaikan yang boleh kita lakukan bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Khairy berkata, pelaksanaan secara menyeluruh modul khas itu akan dibuat selepas KKM memperoleh model terbaik melalui data dan penyelidikan. - Gambar/ Bernama

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin– 28 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Elak sebar kandungan lucah, perlu bangun kod teras
Sistem kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
Polis perlu pandangan pihak luar untuk tingkatkan perkhidmatan - Saifuddin
Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan pihak luar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.

Program Pendidikan Pradialisis diperkenal di semua fasiliti kesihatan kerajaan tahun depan - Khairy
Program Pendidikan Pradialisis yang dikhususkan kepada pesakit buah pinggang kronik tahap 4 dan 5 akan diperkenalkan di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara mulai tahun depan.