Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah (Program Rehiring Sabah 2017) akan berakhir esok dan tidak akan dilanjutkan, kata Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Musa Sulaiman.
Beliau berkata program bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia, khususnya di Sabah, diberikan permit kerja sah itu telah dilaksanakan selama enam bulan mulai 15 Feb dan diurus oleh syarikat Inti Padu Technology Sdn. Bhd, syarikat yang dilantik kerajaan negeri.
"Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan majikan untuk mengambil peluang mendaftar pekerja mereka selagi masih ada masa. Ini kerana, selepas ini (program tidak dilaksanakan), Jabatan Imigresen mempertimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap majikan jika didapati masih melindungi pekerja atau menggaji pekerja tanpa pas sah," katanya padasidang media di sini hari ini.
Musa berkata hanya terdapat 1,088 pekerja asing didaftarkan oleh majikan di bawah program itu sejak ia dilaksanakan, jauh daripada sasaran awal sebelum ini iaitu 50,000 orang.
Beliau berkata pihaknya akan membuat semakan dan mengenal pasti punca program itu tidak mendapat sambutan dalam kalangan majikan di Sabah.
Dalam perkembangan berkaitan, Musa berkata pihak berkuasa negeri telah bersetuju dan membuat keputusan untuk menambah baik peraturan pengambilan pekerja asing di negeri ini merangkumi pelanjutan syarat had umur sehingga 60 tahun bagi permohonan baharu dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sosial (PLKS) di semua sektor.
Menurutnya, tempoh perkhidmatan pekerja asing juga dilanjutkan daripada tempoh maksimum 10 tahun kepada 15 tahun.
Kedua-dua peraturan ini berkuat kuasa serta-merta, katanya.
Sementara itu, Musa berkata pihaknya telah memeriksa seramai 23,563 individu menerusi 793 operasi yang dijalankan di seluruh negeri dari 1 Jan hingga 31 Julai lepas.
Daripada jumlah itu, katanya, seramai 2,738 individu ditangkap kerana melakukan kesalahan antara lain tidak memiliki permit sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas dan dokumen palsu.
Menurutnya, seramai 60 majikan turut ditahan untuk siasatan lanjut kerana didapati melakukan kesalahan menggaji pekerja asing tanpa pas sah serta melindungi PATI.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2017
Jabatan Imigresen Sabah telah memeriksa seramai 23,563 individu menerusi 793 operasi yang dijalankan di seluruh negeri dari 1 Jan hingga 31 Julai lepas. - Gambar hiasan
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.