Program Rancakkan MADANI terima sambutan luar biasa - PM Anwar

Anwar (tengah) dan Fadillah bergambar bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku Tahun 2025 di Dataran Putrajaya hari ini. -- fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 300,000 pengunjung dalam tiga hari penganjurannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku mendapat sambutan luar biasa dengan lebih 300,000 pengunjung hadir selama tiga hari, menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Anwar menekankan bahawa program tersebut bertujuan untuk membolehkan rakyat menilai pencapaian Kerajaan MADANI serta menikmati perkhidmatan kerajaan yang disediakan.
- Perdana Menteri juga menyeru penjawat awam untuk terus meningkatkan usaha penyampaian maklumat agar dasar dan inisiatif kerajaan difahami dengan baik oleh rakyat di peringkat akar umbi.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Jemaah Menteri.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Perdana Menteri berkata sepanjang tiga tahun pentadbiran, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai ikhtiar, khusus bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat pelbagai kaum.
"Sebenarnya kalau kita kira 167 (ikhtiar baharu) tetapi kadang-kadang tidak sampai kepada khalayak. Yang sampai itu hanya sumpah dan maki hamun kerana dalam negara demokrasi dan bebas dengan media sosial, ruang itu (lebih banyak) digunakan untuk menghina daripada membina," katanya.
Sehubungan itu, Anwar menyeru penjawat awam untuk terus melipatgandakan usaha penyampaian maklumat agar setiap dasar dan inisiatif kerajaan difahami rakyat di peringkat akar umbi.
"Saya mohon dalam kalangan penjawat awam boleh sedikit berbeza pendapat tetapi tugas kita adalah menyampaikan apa yang dilakukan (kerajaan) dan menegur atau mencadangkan apa yang perlu ditambah," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji barisan Jemaah Menteri serta kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam yang membantu kerajaan pimpinannya merangka dasar untuk kesejahteraan rakyat.
"Ukuran kejayaan kita bukan saja pertumbuhan tetapi keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. Saya ucapkan penghargaan kerana majoriti besar rakyat memilih untuk menjaga komuniti mereka dalam konteks negara.
"...menjaga negeri mereka dalam konteks negara Malaysia dan tidak melihatnya dari segi corong yang sempit yang akan mengundang perpecahan dan malapetaka," katanya.
Program Rancakkan MADANI menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.
Program Rancakkan MADANI ialah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI yang menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat.
--BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah pengunjung yang menghadiri Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dalam tempoh tiga hari penganjurannya? A: Lebih 300,000 pengunjung menghadiri program tersebut.
- Q: Apa tujuan utama pelaksanaan Program Rancakkan MADANI? A: Program tersebut dilaksanakan untuk membolehkan rakyat menilai pencapaian Kerajaan MADANI selama tiga tahun ini dan menikmati perkhidmatan kerajaan yang ada.
- Q: Siapakah yang turut hadir dalam majlis perasmian penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku? A: Turut hadir adalah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Menteri Komunikasi, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan barisan Jemaah Menteri.
- Q: Apa yang diharapkan oleh Perdana Menteri daripada penjawat awam dalam usaha penyampaian maklumat? A: Perdana Menteri berharap agar penjawat awam melipatgandakan usaha penyampaian maklumat agar setiap dasar dan inisiatif kerajaan difahami rakyat di peringkat akar umbi.
- Q: Apa yang ditampilkan dalam Program Rancakkan MADANI? A: Program tersebut menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga, dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

