NATIONAL
Program Repatriasi Migran 2.0 dilanjutkan hingga tahun depan - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia Tahun 2024 di Puspanitapuri hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata keputusan melanjutkan program pengampunan pulang pendatang tanpa izin secara sukarela yang tamat pada 31 Mac lepas itu, mendapat persetujuan agensi kawal selia termasuk Jabatan Peguam Negara.
"PRM 2.0 tidak terbuka kepada pendatang tanpa izin yang telah mendaftar namun gagal membuat perjalanan keluar menerusi program sebelum ini.
"Ia juga tidak terbuka kepada mereka yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan mempunyai waran tangkap atau dikehendaki pihak berkuasa," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen di sini hari ini.
PRM 2.0 merupakan program pengampunan pulang pendatang tanpa izin secara sukarela dengan mereka dikecualikan tindakan pendakwaan dan ditawarkan kompaun mengikut kesalahan tertentu.
Saifuddin Nasution berkata melalui program ini kompaun sebanyak RM500 dikenakan bagi kesalahan memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah serta kesalahan tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas dikeluarkan, manakala kompaun RM300 bagi kesalahan melanggar syarat pas.
"Selain itu, pemohon turut dikenakan bayaran Pas Khas sebanyak RM20 bagi setiap pengeluaran.
"Kanak-kanak warga asing bawah 18 tahun yang tinggal lebih masa atau dibawa masuk ke Malaysia tanpa suatu pas yang sah dikecualikan daripada kompaun, namun perlu membayar Pas Khas yang sama," katanya.
Sementara itu, beliau berkata individu dengan status perundangan khas seperti pasangan warganegara yang tinggal lebih masa perlu hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit untuk tujuan penyelarasan pas.
"Kementerian menyeru semua pihak termasuk perwakilan asing, majikan dan komuniti warga asing untuk menyebarluaskan maklumat ini dan menggalakkan penyertaan awal bagi mengelakkan kesesakan menjelang tarikh akhir," katanya.
Pada 15 Mac lepas, Saifuddin Nasution berkata Jabatan Imigresen dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelanjutan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0): Kerajaan bersetuju melanjutkan program pengampunan pulang pendatang tanpa izin secara sukarela dari 19 Mei 2025 hingga 30 April 2026, khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
- Syarat & Kompaun: Program ini tidak terbuka kepada individu yang gagal keluar dalam PRM sebelumnya atau mereka yang disenarai hitam. Pemohon dikenakan kompaun RM500 untuk tinggal tanpa pas sah, RM300 bagi pelanggaran syarat pas, serta bayaran Pas Khas RM20.
- Penyelarasan & Seruan Penyertaan Awal: Kanak-kanak bawah 18 tahun dikecualikan daripada kompaun tetapi perlu membayar Pas Khas. Kerajaan menyeru perwakilan asing, majikan, dan komuniti warga asing untuk menyebarluaskan maklumat dan mengelakkan kesesakan menjelang tarikh akhir.