awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
China haramkan eksport nadir bumi ke Jepun susulan ketegangan isu Taiwan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program RTG: Status Aznil, Aniq masih jadi tanda tanya

Astro Arena
Astro Arena
09/09/2023
13:26 MYT
Program RTG: Status Aznil, Aniq masih jadi tanda tanya
Selepas berehat selama seminggu, Aniq dan Aznil akan menjalani latihan intensif di Rompin, Pahang sebelum meneruskan kem latihan di luar negara. - Sinar Harian
SELEPAS keputusan konsisten di Kejohanan Asia, IWF Grand Prix serta pencapaian terbaru di Kejohanan Dunia di mana Aniq Kasdan mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa clean and jerk dengan jumlah angkatan keseluruhan 291 kilogram.
Manakala Aznil Bidin menamatkan saingan di kedudukan ke-11 keseluruhan dengan angkatan 290 kilogram.
Menurut Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat, setakat ini ada maklum balas positif daripada pihak pengurusan Road to Gold dan berharap permohonan diluluskan secepat mungkin.
Menjelang Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Paris di IWF Grand Prix 2, bermula 4 Disember, sasaran buat Aniq dan Aznil adalah melakukan angkatan 295 kilogram ke atas.
Selepas berehat selama seminggu, Aniq dan Aznil akan menjalani latihan intensif di Rompin, Pahang sebelum meneruskan kem latihan di luar negara.
"Kami berasakan atlet angkat berat turut disenarai dalam Program RTG. Sukan angkat berat telah membuktikan bahawa kami menghasilkan keputusan yang positif ketika membawa atlet beraksi di peringkat antarabangsa.
"Saya percaya berdasarkan pencapaian yang dihasilkan ini memberikan petanda baik buat sukan angkat berat serta untuk negara Malaysia," kata Ayub ketika ditemui Nadi Arena.
- StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Aznil Bidin
#Aniq Kasdan
#Road to Gold
#kejohanan dunia
#atlet angkat berat
#PABM
#Ayub Rahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan