KUALA LUMPUR: Melihat peristiwa kemalangan rakan sekerja meninggal dunia selepas jatuh dari pencawang telekomunikasi beberapa tahun lepas membuatkan Zulkarnain Hamzah, 46, mengalami tekanan emosi sehingga disahkan menghidap penyakit skizofrenia pada 2006.
Bagai jatuh ditimpa tangga, Zulkarnain terus diuji apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit tua pada 2021 dan pemergian abangnya pada tahun lepas akibat kanser, menyebabkan tekanan emosinya bertambah teruk sekali gus hilang daya untuk bekerja, menguruskan diri dan kediaman.
Kisah sedih beliau dikongsikan oleh kakaknya, Azlina Hamzah, 48, ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kunci Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan siri 2/2023 di Bandar Tun Razak, di sini ,hari ini.
"Adik saya (Zulkarnain) sangat gembira selepas melihat keadaan rumah yang begitu cantik dicat dengan warna yang ceria, beberapa sudut rumah juga telah dibaiki seperti siling, paip bocor dan perkara ini memberi ketenangan kepadanya.
"Saya mewakili beliau mengucapkan terima kasih dan sangat bersyukur atas usaha yang dilakukan oleh Parlimen Bandar Tun Razak dan tak sangka rumah ini kembali cantik sama sewaktu ibu bapa kami masih hidup," katanya.
Azlina berharap rumah itu mampu beri nafas baharu kepada adiknya serta pulih daripada mengalami masalah gangguan emosi.
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata program itu adalah inisiatif Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dengan kerjasama Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak yang telah diperkenalkan pada Mac 2023.
"Program ini menyediakan kemudahan pengubahsuaian tanpa kos kepada peserta untuk mengubah suai satu unit rumah bagi golongan B40 yang terpilih yang dikenal pasti.
"Bagi permulaan, kos pengubahsuaian seunit rumah dianggarkan menelan kos RM30,000 manakala untuk program rumah kedua dan seterusnya adalah melalui tajaan daripada pelbagai pihak swasta, pekilang, pemaju perumahan dan lain-lain lagi," katanya.
Wan Azizah berkata rumah Zulkarnain merupakan rumah kedua yang telah dibantu selepas sebuah kediaman di Apartmen Seri Penara, Bandar Sri Permaisuri pada Mei lepas.
"Kita ubah suai rumah ini menunjukkan bahawa kita komited untuk meningkatkan lagi taraf hidup terutama rakyat miskin bandar supaya dapat memperbaiki suasana rumah ini.
"Tiada sasaran dalam inisiatif ini kerana kita hendak mencari orang yang betul-betul memerlukan bantuan, jadi kadang-kadang saringan ini akan mengambil masa dan ada kekangan daripada kontraktor namun kita akan cuba untuk terus membantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Wan Azizah menyerahkan replika kunci kepada penerima, Azlina Hamzah, 48 (tiga,kanan) pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kasih Harapan di Lorong Mewah 7 Bandar Tun Razak hari ini. - Bernama
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
Kedai pertama U Mobile di Sabah terletak di Imago Shopping Mall dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti talian pra bayad dan pasca bayar U Borneo.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Program Rumah Kasih Harapan Kak Wan beri sinar buat Zulkarnain
Kakak kepada Zulkarnain berharap rumah itu mampu beri nafas baharu kepada adiknya serta pulih daripada mengalami masalah gangguan emosi.