MALAYSIA
Program Satelit MADANI bantu perkara komuniti Orang Asli pinggir bandar
Mohamad Sobri (tiga, kiri) melihat kraftangan yang dihasilkan warga Orang Asli yang dipamerkan di Galeri Orang Asli sempena Program Eksplorasi Perpaduan Satelit MADANI Rakyat 2025 di Kuala Betis, Gua Musang, pada Sabtu. - Gambar Bernama
GUA MUSANG: Program Satelit MADANI memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pinggir bandar, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud.
Beliau berkata, inisiatif itu membolehkan komuniti pedalaman menikmati pelbagai program kerajaan termasuk Jualan Rahmah, sukan rakyat dan pameran agensi kerajaan.
"Antara kemuncak program ialah pemberian 400 ekor ayam segar secara percuma serta petrol percuma kepada 400 motosikal," katanya pada Program Eksplorasi Perpaduan dan Satelit MADANI Rakyat 2025 di Kuala Betis, kira-kira 30 kilometer dari sini, pada Sabtu.
Selain itu, reruai berkonsepkan kepelbagaian kaum turut dipamerkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli mengenai keunikan budaya Malaysia.
"'Rumah Kami' menampilkan adat serta keistimewaan empat kaum utama iaitu Melayu, Cina, India dan etnik Borneo. Melalui reruai ini, masyarakat Orang Asli berpeluang melihat, menyentuh dan merasai sendiri perhiasan, makanan serta kraftangan pelbagai kaum di negara ini," katanya.
Terdahulu, beliau turut melancarkan Galeri Orang Asli pertama di Kuala Betis yang mengetengahkan asal-usul serta kisah kejayaan tokoh Temiar, Bateq dan Mendriq.
Menurutnya, galeri itu juga mendokumentasikan adat, kebudayaan dan warisan Orang Asli di Kelantan.
-- BERNAMA