MALAYSIA
Program Sekolah Angkat MADANI: DOSM bantu perkasa pendidikan luar bandar
Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Fizikal Sekolah Angkat MADANI DOSM disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar.
SABAK BERNAM: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di bawah Kementerian Ekonomi terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan pendidikan negara menerusi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang berteraskan pembangunan insan secara holistik.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Fizikal Sekolah Angkat MADANI DOSM disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Sungai Besar.
Turut hadir ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Ismail Hussin.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja menumpukan kepada penambahbaikan kemudahan fizikal sekolah, malah mencerminkan komitmen DOSM dalam memastikan setiap murid mendapat akses kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau lokasi geografi.
Menurut Mohd Uzir, pendekatan Sekolah Angkat MADANI menuntut kerjasama bersepadu antara agensi kerajaan, pihak sekolah, komuniti setempat dan sektor korporat bagi memastikan intervensi pendidikan yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada murid.
"Keterujaan saya berkenaan Sekolah Kebangsaan Sg Limau ini ialah kerana ia ada kumpulan guru-guru, guru besar dan pelajar yang begitu bersemangat untuk mengadaptasi teknologi.
"Walaupun mereka bukan dalam bidang IT dan teknologi tetapi mereka boleh membina aplikasi, boleh melihat ke hadapan... jadi ini satu ciri yang cemerlang dan saya jangka bila-bila masa saja sekolah ini boleh menjadi satu rujukan kepada sekolah lain dan sebenarnya ia telah pun berlaku," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran, pada Isnin.
Antara projek fizikal yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau termasuk perolehan peralatan pembelajaran seperti penyediaan penyaman udara bagi Ruang Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) serta sistem siar raya untuk kegunaan dewan sekolah.
Selain itu, penambahbaikan turut melibatkan pembinaan pagar keselamatan dan penyediaan dataran permainan prasekolah yang mesra kanak-kanak.
Sebagai agensi Sekolah Angkat, DOSM bukan sahaja bertindak sebagai penyelaras pelaksanaan program, malah berperanan sebagai rakan strategik kepada pihak sekolah dalam membudayakan penggunaan data dalam pengurusan dan pemantauan pencapaian pendidikan.
"Melalui kepakaran dalam analitik data dan statistik, DOSM turut menyokong pelaksanaan program literasi data, statistik dan digital kepada murid serta guru, sejajar dengan keperluan pendidikan abad ke-21 dan perkembangan teknologi kecerdasan buatan.
"DOSM turut berperanan merapatkan hubungan antara sekolah, komuniti dan sektor korporat melalui jaringan kolaborasi yang lebih tersusun, merangkumi pelaksanaan bengkel, ceramah motivasi, pendedahan kerjaya serta aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan murid secara berterusan," tambah Mohd Uzir.
Dengan pendekatan berasaskan data dan kerjasama menyeluruh, DOSM komited untuk terus menyokong pembangunan pendidikan sebagai pelaburan jangka panjang dalam melahirkan modal insan negara yang berdaya saing dan berfikiran analitis.