KUALA LUMPUR: Acara-acara seumpama Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung di Stadium Nasional Bikit Jalil ketika ini, dirancang untuk dianjurkan peringkat negeri bermula pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pemilihan negeri serta ketetapan tarikh bagi penganjuran program berkenaan akan diselaraskan mengikut masa dan lokasi bersesuaian.
"Saya harap dalam suku pertama (penganjuran program berkenaan di peringkat negeri) tetapi kita kena selaraskan sebab kita tahu bulan Mac ialah bulan puasa, jadi mungkin kita kena ada penyelarasan sebelum jadual diumumkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di saluran TV1 sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata program di peringkat negeri itu akan dianjurkan dengan format berskala kecil, namun padat dengan maklumat mengenai setiap kementerian serta perkhidmatan yang dapat diberikan kepada rakyat.
"Ia adalah untuk menceritakan mengenai pencapaian kerajaan, perkhidmatan ataupun dasar baharu yang telah mula dilaksanakan seperti gaji progresif, pangkalan data utama untuk bantu menyasarkan semula subsidi dan beberapa perkara lain yang menjadi fokus kerajaan.
"Di samping itu untuk membantu komuniti setempat dan penduduk negeri itu supaya dapat memanfaatkan keberadaan atau kehadiran kementerian-kementerian di bawah satu bumbung," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan mempertimbang untuk menganjurkan pameran seperti Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di peringkat negeri berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.
Mengenai sambutan pada hari penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani hari ini, Fahmi berkata ia berlangsung dalam suasana menggalakkan dengan orang ramai mengambil peluang memanfaatkan pelbagai tawaran yang disediakan.
"Hari ini saya lihat ramai yang datang untuk mendapatkan diskaun saman PDRM (Polis Diraja Malaysia), ada juga yang beratur untuk dapatkan topi keledar daripada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan ini menggambarkan suasana yang sangat positif," katanya.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala.
Program tiga hari yang berakhir pada pukul 10 malam ini, memfokuskan kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
Menurut Fahmi, pemilihan negeri serta ketetapan tarikh bagi penganjuran program berkenaan akan diselaraskan mengikut masa dan lokasi bersesuaian.- Gambar fail/Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
PM Anwar luang masa tinjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pemeriksaan gigi percuma pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan pemeriksaan gigi percuma termasuk pembersihan karang gigi atau scaling dan tampalan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasiona
Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
Program Setahun Kerajaan MADANI: Polis minta orang ramai guna pengangkutan awam
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam tempoh itu, 100 anggota polis ditugaskan menjaga lalu lintas dan ketenteraman awam di lokasi tersebut.
Program setahun MADANI peluang rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan menawarkan informasi secara terus kepada rakyat.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Bukit Jalil pada 8-10 Dis
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan berlangsung pada 8 hingga 10 Dis di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, ibu negara.